• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terjebak Acuan Islamofobia Dilukis Barat

oleh AK-47
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Masyarakat Islam diminta supaya jangan terjebak dengan acuan Islamofobia yang dicorak oleh Barat sehingga istilah itu mencemik bangsa dan agama sendiri, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata dunia Barat mahu menjadikan acuan Islamofobia itu sesuatu yang diterima dan ditanam dalam minda kita sehingga acuan itu mampu membuatkan kita membinasakan diri sendiri.

“Mereka (Barat) mahu mengIslamofobiakan kita meletak lukisan bahawa kita orang Islam itu melahirkan keganasan, gambaran itu diberikan mereka.

“Akhirnya kita menelan dan termaktub dalam minda kita untuk mencemik bangsa kita agama kita,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Ke-17 di Bandar Hilir di sini, malam ini.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam serta lebih 1,000 perwakilan daripada 14 negara anggota DMDI.

Konvensyen dua hari bertemakan ‘DMDI Pemangkin Perpaduan dan Kesejahteraan Ummah’ menampilkan pelbagai acara antaranya bengkel perbincangan dan pembentangan kertas kerja.

Ahmad Zahid berkata untuk menjadi bangsa dan agama yang paling maju di dunia, Melayu dan Islam harus berpijak di bumi yang nyata.

Selain itu, katanya, masa hadapan generasi Y dan Z perlu dirancang dengan relevan serta menjadi bangsa dan agama yang paling teragung dan tersohor dengan tidak hanya bernostalgia pada kisah silam semata-mata.

“Elemen untuk memartabatkan Melayu dan Islam ini perlu dilaksanakan DMDI kerana dengan kombinasi ini kita akan kekal menjadi bangsa dan agama yang tersohor dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata dalam usaha mengagungkan Islam dan Melayu, agama dan bangsa lain tidak seharusnya diketepikan malah perlu dihormati agar keharmonian di negara ini sentiasa terjaga.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sekiranya bangsa Melayu ingin terus maju mereka perlu mengubah sikap mereka yang suka mencemuh bangsa dan bahasa sendiri.

Beliau berkata bahasa Melayu harus memainkan peranan sebagai bahasa lingua franca di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sebagai alat komunikasi di peringkat antarabangsa.

“Ini apabila Melayu berucap dengan bahasa Inggeris di PBB dengan lidah Melayu dikatakan tidak hebat…jangan mencemuh diri Melayu sendiri, ubah sikap jika mahu tersohor dan masyhur,” katanya.

Beliau berkata bangsa lain tidak akan menghargai bangsa Melayu sekiranya mereka tidak menghargai apa yang ada pada diri mereka sendiri. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd