• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iskandar Berpotensi Tampil Kompetitif 2 Tahun Lagi

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yakin pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akan lebih kompetitif dalam tempoh dua tahun daripada sekarang.

Meskipun agak terlewat bagi Iskandar yang kini berusia 26 tahun untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi dalam arena badminton, Chong Wei berkata pemain itu masih mempunyai masa untuk membuktikan sesuatu.

Iskandar membuktikan keupayaan apabila buat pertama kali berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka China selepas mengharungi tujuh kejohanan berstatus Siri Super tahun ini.

“Kalau mengikut usianya yang kini sudah 26 tahun memang terlambat, tetapi saya harap dalam tempoh dua tahun daripada sekarang dia boleh bangkit lebih cepat.

“Iskandar perlu memperkuatkan teknik serangannya, sebelum ini beliau menggunakan banyak tenaga dalam beberapa perlawanan namun kurang dalam aspek serangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini hari ini.

Chong Wei berkata Iskandar sudah meraih banyak pengalaman bersaing dalam kejohanan Siri Super tahun ini, dan keputusan mara ke suku akhir bukan suatu kejayaan yang harus dibanggakan, setakat ini.

“Satu keputusan yang bagus buat Iskandar, prestasi beliau juga bertambah baik, tetapi jangan cepat bangga, teruskan berlawan dan meraih keputusan lebih bagus,” katanya.

Mengenai statusnya selaku pemain nombor satu dunia yang mungkin turun berikutan penarikan diri daripada beberapa kejohanan termasuk Terbuka China, Chong Wei berkata sasarannya kini bukan tertumpu untuk ranking dunia semata-mata.

Sebaliknya, katanya, beliau mahu cepat pulih daripada kecederaan untuk tampil kompetitif pada musim depan.

“Berada dalam kedudukan nombor satu dunia sudah enam tahun, pada masa ini ranking bukan lagi penting tetapi saya perlu lebih fokus dalam latihan dan sasaran saya mahu menang dalam setiap kejohanan.

“Ramai pemain berehat selepas Sukan Olimpik Rio, tetapi saya masih menjalani latihan dan menyertai Terbuka Jepun selepas itu, badan masih letih dan sekarang saya mahu cepat pulih dan kembali cergas tahun depan,” katanya.

Chong Wei berkata sekiranya kedudukan ranking kelima dalam ‘Destination Dubai Ranking’ tidak terjejas, beliau akan menyertai Siri Super Akhir di Dubai dari 14 hingga 18 Dis depan.

Kedudukan Chong Wei masih belum pasti dalam senarai Siri Super Akhir itu kerana beliau menarik diri daripada Terbuka China yang berlangsung minggu ini dan Terbuka Hong Kong pada 22 hingga 27 Nov.

Sebelum itu, jaguh badminton negara itu turut menarik diri daripada Terbuka Perancis ekoran kecederaan pangkal paha.

“Saya sudah menjalani latihan penuh di Bukit Kiara untuk persiapan Siri Super Akhir di Dubai. Tetapi saya belum tahu sama ada saya layak atau tidak menyertai Siri Super itu nanti. Jika layak saya akan beraksi,” katanya. – BERNAMA

Tags: datuk lee chong weiIskandar Zulkarnain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Iskandar Hasrat Baiki Ranking Dunia

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Walaupun tidak lagi di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Iskandar Zulkarnain Zainuddin yakin untuk meningkatkan ranking...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd