• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bapa Tiri ‘Syaitan’ Tendang & Sepak Murid

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN tiada kasih sayang mahupun erti kemanusiaan, seorang lelaki tergamak menendang dan menyepak seorang kanak-kanak dengan kuat hanya kerana tidak pandai membaca.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan sebuah sekolah di wilayah Phitsanulok, utara Thailand, kelmarin.

Menurut ibu saudara mangsa, Maleen Park Pi mengatakan kejadian berlaku ketika anak saudaranya itu dijemput pulang dari sekolah oleh lelaki terbabit yang merupakan bapa tiri murid berkenaan.

untitled-2

“Anak saudara teruk dikerjakan bapa tiri, apa yang perlu saya lakukan? Saya sudah membuat laporan polis di Phitsanulok,” tulis Maleen menerusi pautan video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Menerusi rakaman CCTV, dapat dilihat mangsa yang difahamkan tersalah membaca ejaan pada buku yang dipegangnya sebelum tiba-tiba dihentak secara ganas oleh lelaki berkenaan pada bahagian belakang kepalanya.

Malah lelaki berhati syaitan itu turut menendang dada mangsa yang sedang tersungkur di atas jalan.

Mangsa terus menangis dan tidak dapat bangun sehinggalah orang ramai yang berada di tempat kejadian tampil bagi menghalang dan menenangkan lelaki ‘baran’ berkenaan.

Video kejadian yang cukup menyayat hati itu bagaimanapun telah tersebar secara luas sehingga mencetuskan kemarahan ramai netizen tempatan.

Pihak polis Thailand yang telah dimaklumkan mengenai kejadian dikatakan sedang memburu suspek untuk diambil tindakan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Deradipukulkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd