• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Pelancongan Sabah Dicadang Wajib Pasang Ais

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bercadang untuk mewajibkan semua bot pelancongan yang beroperasi di negeri itu memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) bagi tujuan keselamatan.

Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata cadangan itu meningkatkan aspek keselamatan pelancong yang melawat pulau-pulau di Sabah, sekali gus memberikan impak positif kepada industri pelancongan di negeri itu.

Pemain industri pelancongan tidak seharusnya merasa terbeban kerana sistem AIS banyak mendatangkan kebaikan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penenggelaman kapal KM Kuraman di Taman Tunku Abdul Rahman, dekat sini, hari ini.

Katanya, ia susulan banyak insiden bot pelancong mengalami kerosakan dan terkandas di laut sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengesan kedudukan mereka dan memberi pertolongan.

Justeru, katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua yang terlibat termasuk pasukan keselamatan dan pemain industri pelancongan berhubung cadangan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM)Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zubil Mat Som berkata pemasangan AIS pada setiap bot pelancong akan memudahkan pihaknya menjalankan operasi penyelamatan.

“Bot-bot pelancong yang ada ketika ini memang memiliki peralatan keselamatan tetapi tidak mencukupi, pemasangan AIS sebenarnya melengkapkan lagi tahap keselamatan sesebuah bot itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bot Pelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

7 Mangsa Letupan Bot Laju Masih Terima Rawatan

15/01/2018
0

KRABI - Tujuh orang yang cedera dalam letupan sebuah bot laju di Krabi pada Ahad masih menerima rawatan di hospital...

26 Pelancong China Nyaris Maut Bot Laju Meletup

16/01/2018
0

BANGKOK – Dua puluh enam pelancong dari China nyaris maut apabila sebuah bot laju yang mereka naiki terbakar dan meletup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd