• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Disaman Fitnah Berhubung Insiden Pukul

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung insiden pukul di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Ahad lepas.

Zuraida selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam N. Surendran dengan menamakan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zuraida mendakwa pada 13 November lepas, Jamal telah mengeluarkan perkataan fitnah kepada pihak media dan orang awam yang mengaitkannya terlibat dalam insiden beliau dipukul dan ditumbuk oleh individu daripada pihak plaintif.

Zuraida mendakwa perkataan fitnah itu telah diterbitkan secara meluas melalui media cetak dan elektronik serta portal berita online termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini, Buletin Utama TV3 dan Astro Awani.

Dakwa Zuraida, perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penjenayah dan telah menghasut orang lain ntuk melakukan kesalahan jenayah hingga menyebabkan kecederaan terhadap defendan.

Zuraida juga mendakwa akibat penerbitan perkataan fitnah itu, reputasinya sebagai anggota Parlimen telah terjejas kerana beliau merupakan seorang tokoh awam yang dikenali ramai.

Zuraida berkata beliau telah menghantar satu surat bertarikh 14 November bagi menuntut defendan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf terhadapnya, namun sehari selepas itu (15 November), Jamal telah memberi respons kepada surat tersebut dan sekali lagi memalukan plaintif di khalayak ramai dengan mengeluarkan perkataan yang mengaibkannya.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, suatu perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula perkataan fitnah sama, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunos
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Kena Dakwa Lagi

13/09/2018
0

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua...

Jamal Mohon Peguam Negara Gugur Kes

06/09/2018
0

PUTRAJAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat rayuan kepada Peguam Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd