• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sultan Melaka’ Didakwa Cuba Tipu 4 Lelaki

oleh
17/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Noor Jan Tuah mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan berasingan menipu empat lelaki dengan menyamar sebagai Sultan Melaka ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Nor Jan, 59, didakwa sengaja menipu Zaamat Md Idris, Mokhtar Md. Yusof, Ahmad Zainuddin Abdul Hamid dan Hazizi Ikhwan Zaamat.

Tertuduh dengan jalan samaran didakwa mengadakan istiadat penyerahan surat pelantikan dirinya sebagai Sultan Melaka walhal itu bukan identiti sebenar dirinya.

Bagi kesalahan itu, Noor Jan dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh tertuduh pada majlis istiadat di A’Famosa Resort Melaka, jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Tertuduh yang memakai sut biru gelap dan berkemeja oren mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana menganggap kesalahan dilakukan tertuduh sebagai serius.

Namun, peguam bela tertuduh, Surjan Singh Sidhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama bermula daripada awal siasatan kes dilakukan polis.

Ahmad Sazali kemudian menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan 21 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – MyMetro

Tags: sultan melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan ‘Sultan Melaka’

03/01/2020
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah daripada empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai...

Mahkamah Tinggi Kekalkan ‘Sultan Melaka’ Bebas

10/04/2019
0

MELAKA - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan seorang ahli perniagaan, Noor Jan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd