• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Bahasa Melayu Dengan Betul, Titah Raja Muda Perlis

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati orang Melayu agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul supaya dicontohi kaum lain.

Baginda bertitah bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara yang mudah difahami dan ditutur semua kaum untuk berkomunikasi.

“Sewajarnya tatabahasa yang tepat hendaklah digunakan, bukan guna bahasa rojak atau bahasa pasar seperti dituturkan segelintir golongan muda pada zaman ini.

“Penggunaan tatabahasa yang betul dapat membantu kaum lain meningkatkan penguasaan bahasa Melayu,” titah baginda pada majlis sumbangan kebajikan sempena Deepavali 2016 anjuran Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) Perlis.

Program itu ditaja syarikat Perusahaan Cahaya Murni milik orang kelainan upaya (OKU) kelahiran Perlis, Kumaran Marimuthoo di Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di sini, hari ini.

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat sama memeriahkan majlis berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Negeri, Rela Ahmad dan Pengerusi MPKSM Perlis, Datuk Mastika Junaidah Husin turut hadir.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan wang tunai sumbangan Kumaran kepada badan-badan kebajikan tempatan, OKU dan dua sekolah pendidikan khas berjumlah lebih RM25,000 pada majlis itu.

Baginda bertitah setiap rakyat tidak seharusnya mencampuri budaya, adat resam serta kepercayaan kaum lain dan hendaklah mengelak melakukan provokasi khususnya menyentuh isu-isu sensitif.

“Justeru, rakyat hendaklah lebih peka dan menghormati kepelbagaian kaum budaya rakyat negara ini yang kita sama-sama cintai,” titah baginda.

Baginda bertitah proses akulturasi merujuk kepada penyerapan unsur-unsur kebudayaan satu budaya kepada budaya lain yang tidak wajar dihalang malah harus disuburkan supaya tersemai semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA

Tags: Bahasa MelayuRaja Muda Perlis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dibenarkan memasuki institusi pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd