• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem AWAS Akan Dilaksanakan Awal Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dijangka dilaksanakan awal tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata sistem itu sedia untuk dilaksanakan dan beroperasi sepenuhnya khususnya di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

“Lebih banyak kamera akan dipasang di kawasan yang seringkali berlaku kemalangan bagi mengurangkan jumlah kemalangan di kawasan terbabit,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ab Aziz diminta mengulas mengenai sistem tersebut yang sepatutnya beroperasi pada Mei tahun ini, namun ditangguhkan pelaksanaannya.

Menerusi sistem itu, pemandu yang mengumpul 20 mata demerit pertama akan diberikan amaran, 20 mata demerit seterusnya, akan digantung lesen, manakala 20 mata demerit ketiga, akan dibatalkan lesen memandu.

Pelaksanaan sistem AWAS juga akan merakam gambar pemandu dan kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya dari sudut belakang supaya ia lebih memberi kesan termasuk kepada kenderaan jenis motosikal. – BERNAMA

Tags: Aziz Kaprawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan VEP Hujung Bulan Ini – Aziz Kaprawi

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada semua kenderaan berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui...

Mukhriz Gagal Dapat Mula Prosiding Hina Mahkamah

28/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir gagal dalam permohonannya mendapatkan kebenaran bagi memulakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd