• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buat Perbandingan Bajet Antara Negeri

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak terutama pembangkang diminta tidak membandingkan Bajet 2017 Perak dengan negeri lain termasuk Pulau Pinang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan tindakan tersebut tidak wajar kerana setiap pemimpin mempunyai cara tersendiri untuk mentadbir berdasarkan permasalahan dan keperluan dihadapi di negeri masing-masing.

“Setiap tahun pembangkang menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh seolah-oleh negeri itu model yang baik. Saya tidak mahu mengkritik kerana ia tidak baik.

“Jangan bandingkan Perak dengan Pulau Pinang kerana ia akan membawa kepada sikap mempertahankan diri sendiri yang akhirnya menyebabkan konflik antara dua negeri,” katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Zambry yang juga ADUN Pangkor mengulas kenyataan beberapa ADUN pembangkang semasa perbahasan Bajet 2017 Perak, yang menyifatkan ia sebagai terburuk kerana diunjurkan sebagai bajet defisit sebanyak RM129.68 juta.

Menteri Besar Perak itu turut mempersoal tindakan pembangkang membuat perbandingan kerana Bajet Pulau Pinang 2017 juga merupakan bajet defisit.

“…adakah bajet defisit RM600 juta di Pulau Pinang tidak terburuk? Di Selangor juga tidak terburuk?,” soalnya.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM1.45 bilion dengan defisit sebanyak RM667.1 juta berbanding RM292.13 juta defisit pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd