• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dikecam Kongsi Video BF Sedekah… Ini Alasannya!

oleh AK-47
16/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN seorang gadis memuat naik video teman lelakinya menghulurkan sedekah, memakan diri apabila dia teruk menerima kritikan dan kecaman netizen selepas menjadi viral di media sosial.

“Semalam lepas balik dari Bukit Ampang, pergi Shell isi minyak. Aku ingat dia beli makanan untuk aku, rupanya untuk budak tu. My man is the best,” tulisnya di Twitter.

10712815_1132061610181405_7930756424300135058_n

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, lelaki itu dilihat keluar dari kedai serbaneka stesen minyak membawa sebungkus plastik berisi makanan sebelum memberikan kepada seorang pengemis kanak-kanak.

Rata-rata netizen mempersoal tindakannya merakam video tersebut dan menyifatkan gadis itu sengaja mahu menunjuk-menunjuk kebaikan yang dilakukan oleh teman lelakinya.

Mereka merasakan rakaman itu sengaja dirancang untuk diviralkan.

Print screen di bawah memperlihatkan antara bentuk sindiran yang diterima gadis berkenaan.

6ca7b4b5-0861-4479-ae97-23f124601150

Selain itu, terdapat juga netizen yang menghentam perbuatan gadis itu menggunakan telefon bimbit di stesen minyak.

Mereka berpendapat wanita itu sengaja menempah bahaya untuk orang lain.

Penggunaan telefon di kawasan itu adalah dilarang kerana berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa.

Dek kerana tidak tahan terus dikritik, gadis berkenaan yang menggunakan nama akaun Twitter, Yun tampil menjelaskan segala-galanya.

5823f66da738b-orang-gila-tertidur-di-sawah-di-kebumen_663_382

Menurutnya, ketika merakam perbuatan itu dia hanya ‘suka-suka dan tiada niat untuk berkongsi video tersebut sekali gus menjadi viral.

“Saya isi minyak dekat Shell Ampang lepastu saya nampak bf saya minta budak tu tunggu di situ.

“Then bf saya mintak wallet, saya tanya nak buat apa? Dia tak jawab. Dia terus masuk Shell.

“Saya nampak budak tu nak pergi dari situ, saya pun keluar tanya duduk mana, buat apa malam-malam ini and ask him untuk tunggu kejam. Tapi dia kurang faham bahasa Melayu.

“Time tu saya pun keluarkan telefon bimbit and nak rekod apa yang bf saya nak buat. Saya memang tak tahu pun dia nak bagi makanan ke duit ke bagai. 

“Niat bukan nak menunjuk tapi nak beritahu, wujud lagi orang-orang baik,” jelasnya.

Selain itu, menurutnya, semasa rakaman dibuat dia sudah mematikan mode telefon bimbitnya. Pun begitu, dia akui kesilapannya menggunakan telefon bimbit di stesen minyak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sedekahvideo viral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Bantu Dana Bersatu: Duit Sedekah Dari Mana Pula, Tanya UMNO

PAS Bantu Dana Bersatu: Duit Sedekah Dari Mana Pula, Tanya UMNO

22/02/2023
0

Umno hari ini menyindir PAS selepas parti itu menyatakan secara terbuka kesanggupan mereka untuk menyerahkan sumbangan kewangan kepada Bersatu bagi...

”Sedekah’ Sehingga RM600 Ditawar Kepada Pengundi Terengganu’

”Sedekah’ Sehingga RM600 Ditawar Kepada Pengundi Terengganu’

24/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang disifatkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd