• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Malu Cuba Rosak Reputasi Juara Piala Malaysia

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perbuatan tidak beretika Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir cuba merosakkan reputasi pasukan Kedah selaku Juara Piala Malaysia 2016 demi kepentingan politiknya gagal membuahkan hasil.

Beliau yang disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah melemparkan dakyah kononnya pemain dan kakitangan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengadu kepadanya masih belum menerima kontrak untuk musim depan selepas menjulang Piala Malaysia tahun ini.

Dakwaan itu rupa-rupanya tidak benar selepas penjelasan terperinci dibuat oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar.

Aminuddin menjelaskan, tuduhan Mukhriz itu tidak benar kerana kontrak-kontrak baharu telah pun ditawarkan kepada pemain Kedah sejurus selepas perlawanan akhir TM Piala Malaysia di Shah Alam sebelum ini.

“Surat penawaran antara pihak KFA kepada pemain telah pun dibuat seawal daripada selepas saja tamat perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari.

“KFA awal-awal lagi telah mengambil inisiatif mengadakan rundingan awal dengan para pemain yang telah tamat kontrak itu bagi menandatangani kontrak baharu,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita yang berpangkalan di Kedah hari ini.

Mukhriz yang seolah-olah mahu ‘balas dendam’ kerana disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah tanpa berasa malu cuba menyampaikan mesej kononnya kejayaan pasukan Kedah menjuarai Piala Malaysia 2016 kerana dirinya, bukan disebabkan kepimpinan Menteri Besar yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Aminuddin seterusnya menjelaskan, hasil perbincangan awal dengan para pemain Kedah menunjukkan keputusan positif untuk mereka kekal terus menyarung jersi Hijau Kuning, namun mengakui ada dalam kalangan mereka cuba dipancing oleh pasukan lain dengan tawaran kontrak yang lebih lumayan.

“KFA tidak dapat halang mana-mana pemain untuk meninggalkan Lang Merah jika ditawarkan tawaran lebih lumayan dan mereka diberi kebebasan penuh untuk terus berbakti bersama skuad Hijau Kuning atau sebaliknya. Ia bergantung kepada keupayaan persatuan dan KFA akan cuba sedaya upaya mengekalkan mereka,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Mukhriz Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd