• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikatan Dedah Konspirasi Bersih 5 Cetus Huru-Hara

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendedahkan pengalaman beliau sewaktu menyertai dua siri perhimpunan Bersih di ibu negara sebelum ini.

Beliau mendedahkan pada waktu itu memang wujud kumpulan dalaman yang buat rancangan rapi untuk menimbulkan rusuhan besar-besaran dengan bakar kereta, bangunan dan sebagainya bagi mendapatkan perhatian negara asing.

“Saya sendiri pernah ambil bahagian dalam dua siri Bersih terdapat perancangan rapi oleh kumpulan-kumpulan dalaman untuk memprovokasi polis dan pihak lain dan menimbulkan rusuhan besar-besaran dengan bakar kereta, bangunan dan sebagainya.

“Tujuannnya adalah untuk menarik perhatian dunia dan juga mendapatkan publisiti luar negara yang meluas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ikatan merupakan sekutu PAS dalam blok politik ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera bagi menyaingi Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Abdul Kadir dalam pada itu melahirkan kebimbangan akan berlaku pertumpahan darah dan rusuhan besar-besaran dalam perhimpunan Bersih 5 kerana kali ini ada kumpulan yang akan bertindak balas.

Menurutnya, peristiwa pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos sewaktu mengadakan bantahan ke atas kempen Bersih 5 telah menimbulkan kemarahan pengikut kumpulan itu.

“Sudah tentu mereka akan membuat apa sahaja untuk menyekat demonstrasi Bersih dan pertembungan sudah tentu akan mengakibatkan rusuhan dan pertumpahan darah.

“Negara sedia melalui masalah sosio-ekonomi akibat kemorosotan ekonomi dunia. Negara kita tidak mampu menghadapi rusuhan seperti ini,” ujarnya.

Justeru, beliau meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas untuk menghalang perhimpunan Bersih 5 dan perhimpunan balas oleh kumpulan Baju Merah daripada berlangsung.

Katanya, PDRM mempunyai lima hari lagi untuk berbuat sesuatu untuk menyekat keadaan buruk daripada berlaku.

“Ikatan merayu agar demonstrasi itu diharamkan. Jangan kita menyesal kemudian hari,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sudah Tidak Ada Menteri Pelancongan Sehebat Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Sudah Tidak Ada Menteri Pelancongan Sehebat Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

02/05/2026
0

Oleh Satu Hala  Di era beliau...Malaysia memperkenalkan kempen Malaysia Truly Asia....di mana kita berjaya menewaskan kempen Amazing Thailand dari segi...

IKATAN Isytihar Sokongan Tak Berbelah Bahagi Terhadap BERSATU

25/02/2020
0

KENYATAAN AKHBAR BERTARIKH 25 FEBRUARI 2020 DI KUALA LUMPUR OLEH TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ABDUL KADIR BIN HJ SHEIKH...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd