• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ubah Status Kehilangan Misteri 5 Beradik

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kes lima beradik yang dilaporkan hilang lebih dua minggu lepas, kini diklasifikasikan sebagai dilarikan orang dari pusat penjagaan yang sah mengikut Seksen 363 Kanun Keseksaan.

Status sebagai kes orang hilang sebelum ini kini diubah berikutan tiada petunjuk baharu bagi mengesan mangsa berusia antara 10 dan 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Okt lepas.

Justeru, polis percaya lima beradik itu kini berada di bawah kawalan seseorang individu atau di bawah jagaan pusat kebajikan.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata penukaran klasifikasi kes ini akan membolehkan polis mengambil tindakan lebih agresif dan memberi lebih kuasa untuk memeriksa premis-premis yang disyaki kanak-kanak itu berada.

“Sehingga kini, polis gagal mengesan lokasi lima beradik itu selepas memeriksa 11 buah rumah termasuk di Bukit Gambir, Muar, Mutiara Rini, Pasir Gudang dan Ulu Tiram,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya polis telah telah menemubual 11 ahli keluarga di sebelah ibu lima beradik berkenaan dan sebahagian daripada keluarga bapa mereka.

Menurutnya siasatan mendapati kesemua mereka sebelum ini ditempatkan di rumah kebajikan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Johor Bahru di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Shen De, sejak Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya, rumah kebajikan di lokasi berkenaan telah ditutup dan difahamkan beroperasi dengan nama baharu, yang mana pihak polis kini sedang dalam proses mengesan rumah kebajikan berkenaan.

Selain itu, Mohd Taib berkata polis juga sedang mengemas kini maklumat keluarga mangsa dengan lebih lengkap bagi mengesan kesemua beradik itu.

Pada 31 Okt lalu, Yeo Soon Chuan (perempuan), 17; Yeo Soon Shen (lelaki), 16; Yeo Soon Yuan (perempuan), 13; Yeo Soon Hoo (perempuan), 12; dan Yeo Soon Lian (lelaki), 10, disedari hilang kira-kira 10 malam ketika menghadiri majlis keagamaan Persatuan Penganut Tian Hou Shen Gong, Taman Tun Aminah, di sini.

Menurut saksi, Mohd Taib berkata kesemua mereka yang memakai kemeja-T berwarna merah jambu yang tertera tulisan ‘Shen De’, dilihat meninggalkan kawasan majlis bersama-sama dan melintas jalan yang tidak jauh daripada lokasi majlis.

“Salah seorang mangsa ada menghubungi seorang individu yang mempunyai ikatan keluarga sehari selepas mereka hilang dan memaklumkan mereka dalam keadaan baik,” katanya,

Beliau meminta agar mana-mana pihak atau pusat jagaan kanak-kanak yang mempunyai maklumat tentang keberadaan kanak-kanak ini untuk tampil atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Jika (ada) mereka (pusat jagaan) didapati menyembunyikan kanak-kanak ini, kita terpaksa ambil tindakan mengikut akta tersebut,” kata beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, ASP Victor Ganesan di talian 016-7552626 atau Ketua Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara, ASP Arbae Makdor di talian 019-7557999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd