• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Bill Kayong Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Mahkamah Majistret Miri hari ini memindahkan kes membabitkan tiga individu yang didakwa membunuh Setiausaha PKR Miri Bill Kayong, pada Jun tahun ini, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Zuraini Ali Musa membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telahpun memperoleh kebenaran daripada pengarah pendakwaan di Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Selain itu, Zuraini turut memberi kebenaran bagi permohonan beliau agar ketiga-tiga tertuduh dibicarakan bersama-sama.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, Lie Chang Loong, 39, dan Chin Wui Chung, 50, mengangguk faham ketika jurubahasa mahkamah memberitahu mereka kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mohamad Fitri, seorang pengawal kelab malam atau ‘bouncer’, didakwa pada 15 Julai atas pembunuhan Bill Kayong di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket, Jalan Miri-Bintulu pada 8.20 pagi, 21 Jun.

Dia berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lie, pemilik pub, juga didakwa pada 15 Julai, bersubahat dengan Mohamad Fitri, bersama-sama dengan Chin yang didakwa pada 29 Ogos, mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Ranbhir Singh Sangha.

Ahli perniagaan Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas dan dipercayai berada di Australia, juga didakwa mengikut Seksyen 109 dan 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Bill Kayong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hakim Diminta Tarik Diri Dari Kes Bunuh Bill Kayong

09/01/2017
0

MIRI - Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang didakwa dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong....

Pembunuhan Bill Kayong, Lelaki Bergelar Datuk Didakwa

14/12/2016
0

MIRI - Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majisret Miri di sini hari ini berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Bill...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd