• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Tokyo Untuk Lawatan Kerja Selama 3 Hari

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris dan para pegawai kedutaan sebaik tiba di sini kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia).

Sepanjang lawatan ini, perdana menteri diiringi oleh dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan.

Najib dijadual mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Shinzo Abe sebelum menghadiri majlis jamuan malam di kediaman rasmi perdana menteri di Tokyo pada Rabu.

Perdana menteri juga akan menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun, Hiroyuki Ishige, dan anggota Persatuan Persahabatan Anggota Parlimen Jepun-Malaysia, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala dan isu-isu serantau. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd