• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Kelemahan Perlu Diperbaiki Menjelang Piala AFF

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kemenangan tipis 2-1 skuad Harimau Malaysia ke atas Papua New Guinea (PNG) pada aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Shah Alam hari ini, masih belum menggembirakan Datuk Ong Kim Swee.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan itu menegaskan pemain belum mencapai tahap permainan terbaik, namun percaya kemenangan itu mampu membakar semangat anak buahnya untuk memburu kemenangan pada aksi sulung Kumpulan B menentang Kemboja dalam saingan Piala AFF di Myanmar, Ahad ini.

“Masih banyak perlu diperbaiki berdasarkan perlawanan petang ini. Kami masih banyak melakukan kesilapan tidak sepatutnya dan ini akan digunakan sepenuhnya pihak lawan dalam usaha mereka mendapatkan gol,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.

“Selepas ini kami akan berusaha dan memberi lebih tumpuan kepada cara kami bertahan supaya perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang,” jelas Kim Swee.

Pada aksi hari ini, skuad kebangsaan dikejutkan dengan jaringan Nigel Dabinyaba seawal minit keenam sebelum skuad kebangsaan berjaya menjaringkan dua gol, masing masing menerusi penyerang Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-20 dan sepakan penalti disempurnakan kapten pasukan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-47.

Berkongsi pandangan sama adalah Mohd Amri yang memuji komitmen dipamerkan rakan sepasukan pada aksi persahabatan itu dan berharap ia dapat diteruskan apabila berdepan Kemboja nanti.

“Kami turun petang ini dalam keadaan bersedia dan memberi sepenuh fokus untuk memenangi perlawanan…saya mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang menunjukkan komitmen tinggi pada perlawanan ini,” kata pemain Johor Darul Ta’zim itu.

Ketua jurulatih Papua New Guinea, Flemming Serritslev pula menyalahkan pengadil berikutan keputusan yang tidak memihak kepada pasukannya pada perlawanan itu, namun pada masa sama memuji persembahan terbaik skuad Malaysia.

“Dalam bola sepak, kita dibenarkan melakukan asakan badan terhadap pemain lawan tetapi saya tidak mengerti mengapa pengadil seperti membuat keputusan berat sebelah terhadap pasukan kami.

“Bagaimanapun, saya harus memuji pasukan Malaysia yang lebih bersedia berbanding ketika tewas (0-2) kepada kami pada perlawanan persahabatan sebelum ini, Jun lepas,” kata jurulatih kelahiran Denmark itu.- BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd