• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Kaji Naik Taraf Penjawatan Di Balai Polis Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan kajian menyeluruh untuk menaik taraf pangkat dan pengukuhan jawatan di balai polis dan ibu pejabat polis daerah (IPD) seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil kajian itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan ‘skor’ yang ditetapkan sebelum ini yang diguna pakai untuk menaikkan pangkat keanggotaan dan mewujudkan balai polis baharu.

“Kajian ini dibuat berdasarkan kedudukan balai, fungsi atau beban tugas berdasarkan beberapa kategori iaitu bandar, luar bandar, pulau, sempadan antarabangsa, lapangan terbang, pelabuhan, pedalaman dan sebagainya,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu status rancangan menaik taraf IPD Bintulu dengan diketuai Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).

Ahmad Zahid berkata jika kajian itu diterima pakai, kedudukan pangkat ketua IPD atau balai-balai lain, akan dapat mengimbangi beban tugas dan peranan balai berkenaan.

“Lebih besar peranan dan beban tugas yang dipikul oleh balai berkenaan, maka lebih tinggi atau lebih banyak perjawatan di balai itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kajian itu juga akan mengambil kira beberapa faktor seperti tahap ekonomi kawasan, kerumitan kawasan, komunikasi dan kemudahan awam serta komposisi penduduk.

Menteri itu juga berkata 28 daerah di Sarawak telah diletakkan IPD dan 83 balai polis, manakala daerah Bintulu akan dinaik taraf kepada IPD dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Kementerian telah mengenal pasti kawasan untuk pembinaan IPD Bintulu dan  projek naik taraf akan melibatkan bangunan pentadbiran, bangunan sokongan, dewan serbaguna, surau, kantin serta perumahan pegawai dan anggota,” tambahnya.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, sistem komunikasi luar bandar juga akan dinaik taraf kepada Sistem Arahan dan Kawalan, Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4i) bagi memperbaiki beberapa lompang di kawasan pedalaman. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd