• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Dipujuk Berundur Demi Pakatan Rakyat ?

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut satu sumber, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk untuk berundur dari jawatannya demi kelangsungan kerjasama antara PAS dan sekutunya, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

Memetik sumber The Malaysian Insider, pengunduran Abdul Hadi akan menjernihkan kembali hubungan ketiga-tiga parti yang dilihat semakin pincang akibat sikap dingin figura itu selepas tidak bersetuju dengan penyingkiran Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ujar satu sumber, masalah kesihatan yang dihadapi pemimpin tersebut juga menjadi musabab untuk dia melepaskan jawatan sedia ada. Untuk rekod, Abdul Hadi menghadapi masalah sesak nafas dan terpaksa mendapatkan rawatan di Istanbul, Turki Mei lalu.

Menurut pemimpin veteran parti itu, selepas kejadian tersebut, Abdul Hadi sukar mengawal kemarahannya sehinggakan berlaku beberapa siri insiden tidak sepatutnya, termasuk memarahi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan Anwar ke Terengganu semasa kemelut MB Selangor.

Kata seorang pemimpin kanan PAS, “Presiden banyak berubah selepas masuk hospital dan seringkali membuat keputusan secara bersendiri. Mungkin sudah sampai sama untuk beliau berundur.”

Bukan itu sahaja, Abdul Hadi juga dilihat banyak kali mengeluarkan kenyataan bercanggah dari PR dan yang terbaru, tidak menghadiri Pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Oktober lalu.

Malaysia's opposition leaders hold hands at the end of their People's Alliance conference in Shah Alam

Tidak lama selepas itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan amaran kemungkinan PAS akan keluar dari PR andai Abdul Hadi terus dingin dan tidak memberikan komitmen dalam pakatan.

Difahamkan, pujukan tersebut dilakukan seorang pemimpin yang dihormati presiden PAS itu, dan jika berjaya, dia berkemungkinan bakal menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS.

Ulas sumber itu, ramai pihak mengharapkan Abdul Hadi untuk tidak bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan diadakan tahun depan.

Pada Ogos lalu, Abdul Hadi mengumumkan PAS akan kekal bersama pakatan walaupun terdapat ura-ura sebelum itu bahawa parti tersebut akan meninggalkan gabungan PR.

Dalam ada itu, sumber tersebut juga berkata beberapa nama disebut sebagai calon popular yang bakal menggantikan Abdul Hadi andai beliau setuju untuk berundur. Antara nama yang diutarakan beberapa pihak adalah Timbalannya, Mohamad Sabu,  Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.

“Namun kalau dia (Abdul Hadi) mahu berundur secara sukarela, saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya,” ujar sumber berkenaan.

Adakah survival politik Abdul Hadi bakal berakhir kerana bercanggah dengan pemimpin pembangkang lain? Adakah PAS akan terus berada dalam gabungan tersebut untuk jangka masa lebih lama? Sama-sama kita nantikan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Hadi AwangLim Guan Engpakatan rakyatPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd