• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Jadi Abam Lori Gaji RM7,000 Sebulan

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Institut Memandu dan Association of Malaysia Haulier (AMH) akan melaksanakan Program myLESEN Goods Driving License (GDL) bagi memenuhi 1,000 peluang pekerjaan sebagai pengendali kenderaan perdagangan di bawah AMH.

JPJ dalam satu kenyataan media berkata, melalui program itu, warga Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan berpeluang menjalani kursus pemanduan kenderaan perdagangan bagi memiliki lesen GDL kelas E bersendi dengan pakej kadar bayaran yang lebih rendah berbanding dengan kadar bayaran biasa iaitu sebanyak RM1,665.

Kata JPJ, pendaftaran program itu akan bermula pada 15 November 2016 sehingga 30 April 2017, manakala, kursus pemanduan akan dijalankan di 10 buah Institut Memandu terpilih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Keistimewaan program myLESEN GDL selain daripada pakej kadar bayaran yang lebih rendah, peserta yang mengikuti program ini layak untuk ditawarkan mengisi jawatan sebagai professional `mover’ di mana-mana syarikat yang mendaftar dengan AMH dengan pendapatan bulanan di antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata JPJ, inisiatif itu merupakan salah satu pelan tindakan di bawah Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan yang dilaksanakan kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama pihak Industri Pengangkutan dan Institut Memandu bagi menyediakan peluang pekerjaan dan menyokong industri pengangkutan ke arah peningkatan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia menjelang 2020. -MYNEWSHUB.CC

myLESEN Goods Driving License (GDL)

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd