• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kecam Kerajaan Selangor Bekerja Untuk Golongan Kaya

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kerajaan Selangor perlu berusaha supaya pemilik konsesi air menawarkan harga terendah dan bukan mengikut kemahuan konsesi yang sudah untung berjuta ringgit,” tegas Ketua Pemuda PAS Selangor, Ahmad Hakimi Othman.

Tegas beliau, setiap wang kerajaan adalah harta negeri dan amanah rakyat, maka kerajaan Selangor pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak berhak bekerja untuk menguntungkan golongan pelabur yang sudah lama kaya.

Justeru, beliau membidas kerajaan Selangor dalam isu pembayaran ekuiti kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) kerana seolah-olah sedang bekerja untuk golongan kaya, bukan bekerja untuk rakyat negeri itu

Beliau turut mengingatkan bahawa air adalah keperluan umat manusia kurniaan Allah S.W.T, tetapi di Malaysia ia telah diswastakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menguntungkan pihak tertentu.

“Air, padang ragut dan sumber api adalah milik bersama dalam Islam. Maka, pengurusan moden hari ini sepatutnya memberi kebajikan kepada rakyat semua.

“Yang merisaukan Pemuda PAS Selangor sekiranya harta bersama yang cuba dikembalikan kepada pengurusan negeri tidak diurus mengikut maslahah rakyat. Malah, mahu memenuhi kapitalis yang telah lama menelan untung jutaan ringgit setiap tahun.

“Maka dalam isu air Selangor dan SPLASH, sepatutnya pemimpin Selangor memastikan tawaran tidak melebihi nilaian yang sudah menguntungkan semua pihak,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini turut memberi peringatan kepada Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mengkhianati rakyat dalam isu pembayaran ekuiti kepada SPLASH.

Kata Abdul Khalid, sebarang usaha oleh kerajaan Selangor untuk membayar lebih daripada apa yang ditetapkan dalam Perjanjian Utama bertarikh 12 September 2014 merupakan pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Justeru, Abdul Khalid membidas Mohamed Azmin kerana menggunakan kepakaran politiknya untuk mengalihkan fokus rakyat daripada isu tersebut dengan mendakwa kononnya beliau juga pernah membuat tawaran pengambilalihan ekuiti kepada SPLASH melebihi RM2.9 billon sewaktu menjadi Menteri Besar.

Ahmad Hakimi berkata, pemimpin Selangor perlu sedar bahawa mereka memikul amanah yang dipikul dan tanggungjawab terhadap rakyat serta mengambil Islam sebagai tunjang dalam pentadbiran negeri itu.

“Kerajaan ini juga adalah hasil sokongan bersama. Maka harapnya dalam mengurus negeri ini, kepentingan bersama prinsip Islam terus dijunjung sehingga keakhirnya.

“Dengarlah suara kami. Suara kami, suara rakyat bawahan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kerajaan SelangorPemuda PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd