• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misha Omar Hadapi Dilema Antara Kerjaya Dan Ibu

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penyanyi Misha Omar mengakui berada dalam dilema terhadap tanggungjawabnya sebagai selebriti yang memerlukan dia menjaga penampilan agar kelihatan kurus dan menarik.

Misha berkata, dalam pada masa yang sama dia tidak boleh terlalu mengawal pemakanan berikutan bayi sulungnya yang kini baharu sahaja mencecah dua bulan.

“Itulah, saya dalam dilema dari segi penampilan kerana kerjaya saya menuntut untuk sentiasa kelihatan menarik. Manakala sebagai ibu pula saya perlu jaga pemakanan yang berkhasiat untuk anak saya yang masih menyusu.

“Jadi, saya mungkin tidak terlalu berdiet demi menjaga kesihatan anak saya yang memang kini menyusu badan sepenuhnya,” ujarnya.

Misha ditemui selepas Semi Final Muzik-Muzik 31, yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, dekat sini, Jumaat.

Misha melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa pada 24 Ogos lalu di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM).

Sementara itu, Misha berkata, dia kini memberi perhatian sepenuhnya kepada perkembangan bayi berkenaan berikutan dilahirkan secara pra matang iaitu tiga minggu lebih awal daripada yang sepatutnya.

“Ketika dia lahir saya rasa sedih kerana terlalu kecil dan ditempatkan di unit rawatan rapi, perasaan sukar untuk digambarkan apabila melihat dia dalam keadaan yang banyak wayar di badannya.

“Dia dilahirkan pra matang, jadi saya perlu beri perhatian kepadanya. Alhamdulillah beratnya kini sudah mencecah 4 kilogram berkat susu ibu,”ujarnya.

Sementara itu, lagu nyanyiannya bersama Hafiz Suip berjudul Terimaku Seadanya layak ke Anugerah Juara Lagu 31 bakal berlangsung 22 Januari depan.

Misha bersyukur dapat membawakan lagu tersebut dengan baik walaupun kini masih lagi dalam pantang 100 hari.

“Pada asalnya saya minta mereka cari beberapa nama untuk menggantikan saya tapi selepas itu rasa tidak sedap pula melihat orang lain yang menyanyikannya.

“Saya gementar dan takut tidak dapat buat yang terbaik kerana masih lagi berpantang. Saya masih belum habis 100 hari masa berpantang,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang pentas Anugerah Juara Lagu, Misha berkata, ia merupakan pentas yang membuatkan semua artis berasa gemuruh.

Katanya, biarpun mempunyai pengalaman berada di pentas berprestij itu, dia tetap berasa gerun setiap kali beraksi pada malam AJL. – mStar Online

Tags: Misha Omarpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd