• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norza Cabar V Shem-Wee Kiong Kekalkan Ranking Nombor Satu

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dicabar mengekalkan konsistensi untuk mempertahankan ranking nombor satu dunia yang diduduki mereka ketika ini.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata konsistensi adalah kunci utama jika mahu mengekalkan kedudukan itu bagi tempoh yang panjang.

“Perlu diingatkan cabaran yang lebih getir menanti selepas ini. Jadi, mereka janganlah cepat mendabik dada,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu atas kemampuan melonjak ke persada ranking dunia.

Sementara itu, jurulatih beregu negara, Jeremy Gan turut berkongsi nada yang sama dan menuntut V Shem-Wee Kiong mengekalkan prestasi pada tahap terbaik dengan sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir dalam dua kejohanan terdekat iaitu di Terbuka China (15-20 Nov) dan Terbuka Hong Kong (22-27 Nov).

“Bagi kejohanan seterusnya nanti, mereka perlu sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir bagi memastikan kedudukan nombor satu itu terus dapat dikekalkan dalam tempoh yang lama seperti jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

“Saingan untuk beregu ini amat sukar dan peluang terbuka kerana setiap negara seperti China, Denmark dan Indonesia juga mempunyai beregu yang baik,” katanya.

Pasangan negara itu berjaya merampas status nombor satu dunia daripada beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong yang terkeluar daripada ranking selepas Yong Dae mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa baru-baru ini.

Menurut ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, V Shem-Wee Kiong mendahului dengan mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan dari China, Chai Biao-Hong Wei di kedudukan kedua (70,220) dan pasangan Denmark Mathias Boe-Cartsen Mogensen di tempat ketiga (67,534). – BERNAMA

Tags: badmintonnorzaV Shem-Wee Kiong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd