• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eaton Perlu Tunjuk Bukti Malaysia Hab Atur Perlawanan

oleh
10/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bersemuka dengan Chris Eaton mengenai tuduhan beliau mengatakan Malaysia sebagai hab mengatur perlawanan bola sepak di Asia Tenggara.

Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan atau bukti mengesahkan tuduhan Eaton, yang juga bekas Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu.

Aseh berkata Eaton pernah membuat tuduhan yang sama pada 2012, namun beliau gagal mengemukakan bukti kepada FAM.

“Saya tidak dapat sebarang maklumat daripada FIFA atau (Chris) Eaton mengenai perkara itu. Ini kali kedua Chris Eaton membuat kenyataan sedemikian.

“Kali pertama pada 2012, tetapi setelah berjumpa pegawai FAM, beliau gagal memberi bukti. Saya amat berterima kasih jika beliau dapat berjumpa Jawatankuasa Integriti FAM untuk membuktikan dakwaannya itu supaya siasatan rapi boleh dilakukan pihak berwajib,” katanya kepada Bernama hari ini.

Eaton menerusi channel-newsasia.com mendakwa Malaysia telah mengambil alih tempat Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di Asia Tenggara.

Ekoran itu pelbagai pihak turut menggesa FAM menyiasat tuduhan Eaton kerana kenyataan tersebut akan menggugat keharmonian serta imej badan induk bola sepak negara itu.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin turut menafikan tuduhan Eaton, dan pihaknya sentiasa memandang serius isu tersebut dan mempunyai persefahaman dengan FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi menangani gejala rasuah serta skandal mengatur perlawanan. – BERNAMA

Tags: Atur Perlawananbola sepakFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd