• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Hanya Boleh Pindah Sebahagian Operasi Ke KLIA

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB), pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, syarikat penerbangan AirAsia hanya boleh memindahkan sebahagian daripada operasinya ke KLIA jika berhasrat untuk berbuat demikian.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, AirAsia tidak boleh memindahkan keseluruhan operasinya ke KLIA atas faktor kapasiti terminal berkenaan.

Menurutnya, AirAsia kini memiliki operasi yang besar, iaitu 80 kapal terbang dengan menerbangkan 28 juta penumpang setahun.

“Jadi untuk memindahkan semuanya, saya hanya jawab tidak boleh…namun kita akan mempertimbangkan permintaan sekiranya mereka mahu memindahkan sebahagian operasi mereka ke KLIA,” katanya kepada media selepas Persidangan Tahunan Konsesi Ketujuh dianjurkan MAHB di sini, hari ini.

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dilaporkan berhasrat memindahkan keseluruhan operasinya dari Klia2 ke KLIA susulan pengumuman kadar baharu caj perkhidmatan penumpang (PSC) berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Badlisham berkata, permintaan AirAsia untuk memindahkan operasi ke KLIA sudah dikemukakan kepada pihaknya dan MAHB sedang mempertimbangkannya, namun ia terhad kepada ketersediaan dan keupayaan terminal itu.

Ketika ini, kira-kira 60 syarikat penerbangan beroperasi dari terminal KLIA dan 10 syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2).

“Ketika waktu puncak pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi kami mengendalikan purata 115 penerbangan yang berlepas dan mendarat di KLIA dan kapasiti KLIA pada waktu puncak hampir penuh,” katanya.

Badlisham berkata, MAHB mungkin boleh menawarkan AirAsia untuk beroperasi ketika waktu bukan puncak dan kekosongan beberapa slot pada waktu puncak.

Mengenai hasrat Malaysia Airlines untuk beroperasi di Klia2, Badlisham berkata, MAHB akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat penerbangan itu pada 24 November ini berkaitan perkara itu.

“Malaysia Airlines juga telah mengadakan lawatan ke klia2 dan melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di sana,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsiaKLIAKLIA2MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd