• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera Hempap Kereta, Kontraktor Berdepan Tindakan

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontraktor projek pembinaan yang terlibat dengan insiden jentera cerucuk besi menghempap kereta di Bandar Baru Bukit Raja, Klang baru-baru ini berdepan hukuman denda, penjara dan disenarai hitam jika didapati bersalah.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jika hasil siasatan mendapati kontraktor cuai dalam memastikan keselamatan dan kerja pembinaan, mereka boleh dihukum di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Katanya, seksyen-seksyen tertentu di bawah akta itu memperuntukkan penalti tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Jika disabitkan kesalahan kontraktor (terbabit) juga akan disenarai hitam,” katanya menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR) dalam sesi waktu pertanyaan menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hee mahu tahu apakah tindakan yang telah diambil kementerian susulan kejadian 4 Nov itu yang mengorbankan Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) telah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan serta-merta bagi tujuan siasatan oleh DOSH dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Mengulas lanjut, Fadillah berkata hasil pemerhatian ketua jurutera tempatan projek, mendapati sebuah mesin cerucuk telah terbalik semasa beralih lokasi pemasangan cerucuk di jambatan merentangi Jalan Persiaran Astana.

“Punca kejadian kemungkinan disebabkan pergerakan mesin cerucuk yang terkeluar daripada plat besi pengalas lalu terbenam dan terbalik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kenderaankontraktor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd