• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan Trump Tak Jejas Hubungan Malaysia-Amerika

oleh
10/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak akan terjejas berikutan kemenangan Donald Trump pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata Presiden Amerika Syarikat itu sudah pastinya memerlukan kerjasama dengan Malaysia serta negara-negara lain dalam pelbagai bidang.

“Saya percaya beliau akan menggunakan kaedah yang boleh membantu Amerika Syarikat membina kerjasama dengan semua negara.

“Saya sendiri mengenali beliau secara peribadi, beliau bukanlah seorang yang asing bagi saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Daya eUsahawan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Najib berkata keputusan pilhan raya yang boleh disifatkan di luar jangkaan tersebut membuktikan bahawa rakyat dan pengundi Amerika Syarikat menginginkan seorang presiden yang akan membangunkan ekonomi serta menyediakan pekerjaan yang memberi pendapatan atau ganjaran lebih baik.

“Sebagai usahawan dan hartawan yang berjaya, mereka (pengundi) mahu beri peluang kepada ahli politik yang bukan konvensional, bukanlah daripada mereka yang biasa dengan pengalaman di White House.

“Pengundi mahu mencuba sesuatu yang berlainan,” katanya.

Trump, calon daripada Parti Republikan, menewaskan lawannya daripada Parti Demokrat Hillary Clinton dalam saingan sengit pada pemilihan presiden pada Selasa dengan membuat kejutan besar selepas mengharungi apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai kempen yang pahit dan ada kalanya teruk.

Dalam pertandingan penuh mendebarkan sepanjang malam, Trump berjaya mencatat kemenangan margin di banyak negeri amat penting termasuk Florida, Ohio dan North Carolina, dan malah berjaya merampas negeri yang sebelum ini cenderung kepada Demokrat seperti Pennsylvania dan Wisconsin. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd