• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Mekanisme Tentukan Harga Minyak Masak Botol

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran supaya menyeragamkan harga minyak masak dalam botol di negara ini, selain mengeluarkan senarai harga mengikut harga pasaran bagi mengelak penjual meletakkan harga sesuka hati.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) Datuk Amarjit Singh Gill berkata kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme berkaitan harga minyak masak secepat mungkin.

Beliau berkata senarai harga minyak masak boleh dikeluarkan sebagaimana penetapan harga minyak petrol dilakukan pada setiap bulan, dan harganya perlu diseragamkan sama ada di pasar raya besar atau kedai runcit.

“Kebanyakan pengguna tidak menyedari ataupun tidak tahu harga pasaran minyak masak. Jadi, senarai ini memudahkan mereka membuat keputusan semasa membeli minyak masak bagi keperluan harian dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Isu minyak masak begitu kritikal kebelakangan ini berikutan pengumuman kerajaan bahawa minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov, manakala harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika mengumumkan perkara berkenaan, berkata kadar itu berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Hal itu berlaku, setelah kenaikan harga minyak sawit diproses iaitu RM2,341 satu tan pada Januari tahun lepas dan kini hampir mencecah RM3,000 satu tan.

Amarjit Singh berkata ketika ini, terdapat perbezaan harga minyak masak di pasar raya besar dan kedai runcit, dan jika kerajaan mengeluarkan senarai harga, ia akan mengelak penjual meletakkan harga sesuka hati dan mengelirukan pengguna.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mencadangkan kerajaan meletakkan Harga Runcit Disyorkan (RRP) pada minyak masak dalam botol supaya pengguna tidak tertipu berikutan turun naik harga barang keperluan asas berkenaan.

“Apabila minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran, ini sebenarnya bagus untuk menggalakkan persaingan antara syarikat pengeluar minyak masak.

“Bagaimanapun, ia turut memberi peluang kepada mereka bagi meletakkan harga berbeza tanpa sebarang pemantauan,” katanya.

Beliau berkata RRP akan bertindak sebagai garis panduan bagi pengguna supaya mereka boleh membuat keputusan tepat sebelum membeli minyak masak dalam botol yang tidak ditetapkan harganya sebagaimana minyak masak paket 1kg.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) Datuk Mohd Firdaus Abdullah menyarankan pengguna agar sentiasa peka dan bijak memilih minyak masak berdasarkan harga dan mengikut keperluan mereka.

“Pengguna perlu fikir sama ada mereka mahu membeli minyak masak paket atau minyak masak dalam botol. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenama minyak masak di pasaran dan masing-masing mengandungi campuran minyak berlainan.

“Sebagai contoh, ada jenama minyak masak mencampurkan minyak kelapa sawit dengan minyak jagung dan seumpamanya. Jadi, pengguna perlu bijak memilih kerana harga minyak campuran ini berbeza mengikut isi kandungannya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd