• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Tahun Lalu, Simpson Pernah Tampil Trump Jadi Presiden AS

oleh
10/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Kejayaan Donald Trump ‘menuju’ ke puncak kuasa White House sebenarnya pernah diramal lebih 16 tahun lalu, dan sang peramal itu ialah siri animasi popular The Simpsons.

Ramalan mengenai kisah jutawan hartanah terkenal itu muncul dalam salah satu episod kartun tersebut yang berjudul Bart to the Future yang ditayangkan kebanyakan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS) pada awal 2000.

Menerusi episod tersebut, Lisa Simpson, anak kedua Homer; digambarkan sebagai presiden yang duduk di ruang Oval, tempat ketua negara AS itu bekerja dan dikelilingi ramai penasihat berbincang serius mengenai Trump.

“Kita mewarisi banyak kekacauan daripada Presiden Trump. Berapa buruk keadaannya, Milhouse Van Houten?” soal Lisa kepada setiausahanya dalam salah satu siri 11 episod itu menggambarkan suasana politik AS pada 2030.

Baca: Clinton Mengaku Kalah, Trump Sah Presiden AS Baharu

16 Tahun Lalu, Simpson Pernah Tampil Trump Jadi Presiden AS

16 Tahun Lalu, Simpson Pernah Tampil Trump Jadi Presiden AS

Trump, 70, mewakili parti Republikan disahkan berjaya menewaskan pencabarnya, Hillary Clinton dari parti Demokrat pada pilihan raya sengit Selasa lalu untuk menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama.

Bilionaire tersebut meraih 306 undi electoral college atau kumpulan perwakilan setempat mengatasi Clinton, 69, yang cukup popular menerusi jaringan media sosial tetapi jauh ketinggalan dengan hanya mampu peroleh 232 undi.

Ramai peminat siri kartun berkenaan yang disaksikan purata 15 juta penonton, menyifatkan watak imaginasi Lisa tersebut merujuk kepada imej Clinton sendiri sebagai wanita yang pertama apabila dipilih menjadi presiden AS.

Selain kisah lucu mengenai Trump, siri The Simpsons yang mula ke udara sejak 1989, pernah meramalkan banyak insiden besar antaranya wabak maut ebola, serangan pengganas 11 September dan kejatuhan harga minyak global.

Baca: Bursa Saham Asia Jatuh Reaksi Trump Bakal Presiden AS

16 Tahun Lalu, Simpson Pernah Tampil Trump Jadi Presiden AS

16 Tahun Lalu, Simpson Pernah Tampil Trump Jadi Presiden AS

Dan Greaney, penulis naskhah animasi yang juga menulis skrip beberapa episod The Simpson termasuk versi ruang Oval itu pada Mac lalu pernah berkata kepada The Hollywood Reporter: “Ini merupakan peringatan bagi AS.”

Secara kebetulan pada bulan lalu, pencipta siri The Simpsons, Matt Groening diwawancara akhbar berpengaruh Britain, The Guardian dan membicarakan kisah di sebalik episod yang memaparkan penampilan Trump tersebut.

“Kami berjenaka menganggarkan beliau mungkin dipilih sebagai presiden AS pada 2000 kelak, tentu sahaja ketika itu Trump menjadi salah satu nama untuk bahan gurauan kami yang paling bagus waktu berkenaan,” ujarnya.

Bagaimanapun siapa jangka, 16 tahun setelah episod The Simpson itu disiarkan, Trump yang juga calon presiden AS paling tua dalam sejarah; benar-benar menjadi pemimpin kuasa besar dunia tersebut! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Presiden Amerika SyarikatThe Simpsoms
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joe Biden Angkat Sumpah Presiden AS

21/01/2021
0

WASHINGTON - Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung,...

Biden Hampir Menang Pemilihan Presiden, Trump Meroyan

06/11/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berang selepas pengiraan undi menunjukkan pencabarnya dari parti Demokrat, Joe Biden, makin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd