• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telco & Mudah Alih Diminta Perbanyak Tawaran Jalur Lebar

oleh
09/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Syarikat telekomunikasi tempatan dan pemain industri aplikasi mudah alih diminta menyediakan lebih banyak tawaran bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan jalur lebar oleh orang ramai.

Dalam membuat gesaan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata langkah itu menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan internet laju dengan caj yang murah.

“Langkah terbaru TM (Telekom Malaysia) menyediakan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi merupakan contoh yang hebat,” katanya ketika melancarkan produk digital terbaru Kumpulan Media Star, ‘Dimsum’, perkhidmatan langgan video-atas-permintaan (VOD), di sini, malam ini.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan Media Star, Datuk Fu Ah Kiow dan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Pada pembentangan Bajet 2017, 21 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak mengumumkan perkhidmatan jalur lebar talian tetap ditawarkan pada harga RM149 untuk lima megabit sesaat mulai Januari depan dengan kelajuan digandakan dalam tempoh dua tahun dengan harga diturunkan sehingga separuh.

Salleh berkata dalam fokus utama Bajet 2017, kerajaan menyasarkan ekonomi digital melakukan sumbang 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) menjelang 2020.

Justeru, katanya, kementerian itu bersedia memainkan peranan penting dalam mempercepatkan ekonomi digital untuk pembangunan perkhidmatan jalur lebar, pengkomputeran awam, Data Besar dan Internet Untuk Segala-galanya (IoT) yang sudah memacu pendigitalan semua industri.

“Kami akan terus memberi tumpuan terhadap inisiatif yang akan memastikan inklusif untuk semua rakyat Malaysia, memperluaskan liputan jalur lebar dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar,” katanya.

Beliau berkata Malaysia mencatatkan pertumbuhan kadar penembusan jalur lebar yang memberangsangkan dengan lebih 30 juta langganan tahun lepas iaitu peningkatkan 50 peratus daripada 20 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Mengenai Dimsum, katanya, pengenalan perkhidmatan itu selaras dengan usaha kerajaan mengapai era yang dipacu teknologi maklumat dan komunikasi dan kini kesalinghubungan digital – revolusi dalam aktiviti ekonomi.

Platform penstriman dalam talian memberi akeses kepada kandungan segar dan berkualiti tinggi pada kos yang munasabah, selain menawarkan sari kata tempatan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.

Dimsum boleh diakses menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store (Google Play Store) atau penstriman langsung daripada dimsum.my pada harga langganan RM15 sebulan.

Dimsum menawarkan kandungan terbaik Asia terutamanya drama, program bersiri, filem, dokumentari dan animasi dari Taiwan, Jepun, China, Thailand, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia. – BERNAMA

Tags: Jalur lebarmudah alihTelco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd