• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Mohon Tangguh Prosiding Inkuiri SPR

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding inkuiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sementara permohonan kebenaran semakan kehakiman berhubung cadangan persempadanan kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di negeri itu diputuskan mahkamah.

Peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili kerajaan Selangor memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah hari ini.

Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Maisarah Juhari mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Ambiga berkata pihaknya akan memohon untuk menangguhkan inkuiri yang dikendalikan oleh SPR sementara menunggu permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

“Permohonan semakan kehakiman itu akan menjadi akademik sekiranya permohonan untuk menangguhkan inkuiri tersebut tidak dibenarkan oleh mahkamah,” katanya yang turut memaklumkan permohonan berkenaan akan difailkan pada Isnin depan.

Ambiga berkata mahkamah menetapkan 28 Nov untuk mendengar permohonan itu.

Pada 19 Okt lepas, kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor oleh SPR.

Dalam permohonannya, Mohamed Azmin, yang juga timbalan presiden PKR menuntut satu deklarasi bahawa cadangan untuk persempadanan kawasan pilihan raya oleh SPR pada kajian 2016 adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Fasal 113(2) dan Seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.

Anggota Parlimen Gombak itu juga menuntut suatu deklarasi bahawa kegagalan SPR untuk menggunakan daftar pemilih dalam persempadanan kawasan pilihan raya adalah tidak berperlembagaan kerana tidak selaras dengan Seksyen 3 dalam Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.

Mohamed Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan atas alasan bahawa tindakan SPR itu bertentangan dengan undang-undang tanpa mengikut perlembagaan, tidak munasabah dan tidak rasional apabila ia melanggar dan/atau gagal memakai Fasal 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau antaranya memohon suatu deklarasi bahawa notis yang diterbitkan mempunyai kekurangan butiran terperinci yang mana seseorang pengundi biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak mampu untuk menjalankan hak mereka untuk membuat representasi berhubung notis berkenaan. – BERNAMA

Tags: Ambiga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Haramkan Kahwin Budak, Ambiga Beritahu Kerajaan

29/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu lebih berani dalam membuat keputusan yang tegas mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, kata peguam dan aktivis...

Kritik Mahathir, Rafizi Ramli Teruk Dikecam

13/05/2018
0

BEKAS Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik PKR susulan kenyataan naib presidennya berhubung isu perlantikan tiga kementerian utama tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd