• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Peruntuk RM15 Juta Atasi Banjir Kilat Di Ibu Kota

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan pelbagai projek mengatasi banjir kilat di ibu kota tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata projek itu melibatkan projek tebatan banjir di Taman Botani, Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dan kawasan sekitar Universiti Malaya di sini sebanyak RM10 juta.

“Projek naik taraf perparitan Jalan Awan Besar OUG dan Taman Yarl (RM3 juta); dan projek mempertingkat parit induk di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama (RM2 juta).

“Kawasan terlibat adalah ‘hotspot’ (sering dilanda banjir kilat), usaha ini diharap dapat mengatasi masalah banjir kilat daripada melanda ibu kota,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mhd Amin berkata semua projek naik taraf itu dijangka bermula Mac tahun depan.

Dalam pada itu, katanya DBKL menyediakan sebanyak 61 anggota penguat kuasa dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir kilat di ibu kota.

Mhd Amin berkata DBKL turut bekerjasama dengan beberapa agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam dalam menghadapi sebarang kejadian tidak diingini yang berlaku.

“Kami akan sentiasa peka dengan laporan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi selain mengaktifkan operasi bilik gerakan banjir di Jalan Tun Razak.

“Sekiranya berlaku banjir kilat, kami akan alihkan lalu-lintas ke jalan alternatif, kereta tunda juga sedia beroperasi jika berlaku kes pokok tumbang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Zahari Abdullah berkata ibu kota dijangka mengalami hujan lebat dengan jumlah taburan sebanyak 350 milimeter (mm) sepanjang bulan ini.

“Hujan lebat ini adalah berikutan permulaan monsun Timur Laut yang berlaku antara November hingga Mac tahun depan, namun paras taburan hujan itu masih di paras normal,” katanya.

Bagaimanapun, Zahari berkata terdapat kemungkinan berlakunya banjir kilat di sekitar Lembah Klang pada bulan ini sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa hari.

Tambah beliau, keadaan cuaca di ibu kota dijangka kembali normal pada Disember depan dengan taburan hujan diramalkan rendah, iaitu sebanyak 300mm.

Jabatan Meteorologi dalam laman webnya hari ini, mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di beberapa kawasan termasuk Kuala Lumpur yang dijangka berterusan sehingga awal petang ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd AzizDBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd