• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump ‘Kantoi’ Intai Kertas Undi Isteri

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Undi sepatutnya adalah rahsia, walaupun ‘orang rumah’ anda sendiri yang menjadi calon parti tersebut.

Calon parti Republikan, Donald Trump ‘kantoi’ mengintai kertas undi milik isterinya, Melania Trump, semasa pasangan itu mengundi bersebelahan antara satu sama lain di pusat pengundian di sekolah P.S.59 di Manhattan, New York, pagi Selasa.

Perbuatan tersebut tidak terlepas daripada dirakam jurugambar dan gambar tersebut serta-merta menjadi viral di media sosial.

Antara reaksi melucukan datang daripada pelawak dan pelakon wanita, Chelsea Handler yang memuat naik gambar berkenaan di Twitter beserta kapsyen, “Bila anda risau isteri anda meniru Michelle lagi.”

Dia turut berseloroh tentang insiden di mana Melania telah kantoi didapati memplagiat ucapan Michelle Obama semasa malam konvensyen tahunan parti Republikan, pada Julai lalu.

Sebenarnya, apa yang dilakukan Trump itu adalah salah di sisi undang-undang tempatan pilihan raya New York.

Dalam satu segmen, peraturan pilihan raya tersebut menggariskan bahawa pengundi perlulah jaga privasi mereka semasa proses mengundi dan tandaan undi wajib dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa sahaja.

Peraturan it mengecualikan kes khas di mana pengundi tertentu yang ditemani kanak-kanak bawah usia 16 tahun semasa mengundi.

Dalam hal ini, Trump telah mencabuli privasi isterinya sendiri, yang juga merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negeri New York. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Presiden Amerika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat AS Pakat Pindah, Web Imigresen Kanada Sesak Teruk

10/11/2016
0

TORONTO - Mungkin sesetengah rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bergurau semasa mereka mengugut untuk beramai-ramai pindah ke Kanada jika calon...

Bintangi Video Rap, Bukti Isteri Presiden US Memang ‘Cool’!

15/02/2025
0

Isteri kepada Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, Michelle Obama sememangnya layak digelar 'First Lady' paling 'cool' dan 'sporting' dengan membintangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd