• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Saham Asia Jatuh Reaksi Trump Bakal Presiden AS

oleh
10/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Bursa saham Asia mengalami kemerosotan setelah Donald Trump mendahului Hillary Clinton dalam pilihan raya untuk menjadi presiden baharu Amerika Syarikat (AS).

Malah mata wang peso Mexico dilaporkan terjejas teruk susulan keyakinan terhadap calon pilihan Clinton dari Parti Demokrat mula lenyap selepas keputusan menunjukkan Trump kelihatan mencatat kemenangan di Florida.

Clinton disifatkan ramai pelabur sebagai pilihan lebih selamat berbanding Trump dari Parti Republikan, dengan ramai daripada mereka bimbang dasar-dasar yang diusulkan taikun hartanah itu akan menjejas ekonomi dunia.

“Pastikan anda pasang tali pinggang keledar kerana perjalanan ini dijangka terhenjut,” kata Chad Morganlander, pengurus kewangan di firma Stifel, Nicolaus & Co. di Florham Park, New Jersey kepada portal Bloomberg News.

Beliau menambah, “Para pelabur dari seluruh dunia terutama di benua Asia kini sedang ‘mengejar masa’ untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini mengenai keputusan rasmi pilihan raya AS yang cukup sengit.”

Bursa saham di Tokyo, Jepun yang dianggap penanda aras ekonomi Asia dilaporkan ditutup kira-kira 5.2 peratus lebih rendah dagangan pagi ini, sementara Hong Kong jatuh 3.8 peratus dan Shanghai pula susut 1.6 peratus.

Indeks di Sydney, Australia pula mencatatkan kehilangan urus niaga sebanyak 2.1 peratus, manakala Seoul, Korea Selatan turut jatuh 3.1 peratus dan bursa Singapura juga dilaporkan merosot sehingga 1.4 peratus.

Bursa saham di Taipei, Taiwan dan Jakarta, Indonesia turut mengalami kejatuhan melebihi satu peratus, sementara Wall Street di New York pula lebih teruk apabila merekodkan kemerosotan kira-kira empat peratus.

Tomoichiro Kubota, penganalisis kanan di firma Matsui Securities di Tokyo berkata: “Secara keseluruhannya, sentimen pasaran Asia mengharapkan kemenangan Hillary dengan 80 hingga 90 peratus undian.

“Jika Trump diumumkan menang secara rasmi menjadi presiden AS, kita tidak boleh menolak kemungkinan yang pasaran di Asia boleh menjadi terumbang-ambing selepas ini.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bursa SahamHillary Clinton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Nafi Miliki Syarikat Tersenarai Di Bursa Saham

12/10/2020
0

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak khabar angin yang mengaitkannya dengan syarikat tersenarai...

Pelabur Tak Terima Idea PH Bentuk Kerajaan Semula – Najib

26/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend lemah pada hari ini membuktikan para pelabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd