• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Dahului Clinton Bakal Jadi Presiden AS Ke-45?

oleh
09/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS); sebuah negara kuasa besar dunia, antara calon Parti Demokrat, Hillary Clinton dan pencabarnya, Do­nald Trump terus sengit.

Ia berlaku apabila ke­dua-dua calon terikat antara satu sama lain dalam keputusan awal pilihan raya itu. Puluhan juta rakyat AS mengundi sehingga lewat Selasa (awal Rabu waktu Malaysia) untuk pilih pengganti Barack Obama.

Setakat jam 1 tengah hari Rabu waktu Malaysia, Trump meraih 244 undi electoral college atau kerusi perwakilan tempatan berbanding Clinton yang agak jauh ketinggalan iaitu hanya 215 sahaja daripada keseluruhan 538 undi.

Berdasarkan undian oleh pelbagai stesen televisyen tempatan, Hillary masih mendahului calon daripada Parti Republikan itu dengan undian sebanyak satu pe­ratus untuk menjadi wanita yang pertama menjadi presiden AS.

Hakikatnya, keputusan ‘seri’ antara kedua-dua calon telah bermula di beberapa buah negeri ‘atas pagar’ sebelum Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan siasatan terbaharu me­ngenai e-mel peribadi Hillary.

Melalui undian oleh stesen ABC News dan akhbar Washington Post, Hillary yang mendahului Trump de­ngan 12 mata pada 23 Oktober lalu, kehilangan momentum apabila ang­ka itu merosot satu mata dalam ming­gu seterusnya.

Bagaimanapun, keputusan undian secara rasmi lazimnya akan menunjukkan calon-calon masih lagi boleh ter­ikat menjelang hari pilihan raya tetapi belum dapat dipastikan tentang senario pola pengundian seterusnya.

Ia berikutan pengumuman pihak FBI yang melepaskan Hillary daripada sebarang tuduhan terhadap isu terbaharu e-mel peribadi tersebut sekali gus mengundang misteri kononnya ada campur tangan polis terhadap agensi itu.

Sebaliknya Trump, seorang taikun hartanah dilihat berusaha untuk meraih lebih banyak undi sokongan selepas terpalit de­ngan skandal moral apabila didakwa melakukan sera­ngan sek­sual melibatkan beberapa orang wanita.

Berdasarkan undian stesen CBS di 13 buah negeri ‘atas pagar’, kira-kira 52 peratus pengundi menjangkakan e-mel berkenaan menyebabkan keba­nyakan mereka tidak mahu mengundi Hillary dan beralih kepada Trump.

Namun analisis Catalist, firma data bagi pasukan kempen Hillary menunjukkan peningkatan sokongan golongan Amerika Latin atau Hispanic di beberapa buah negeri terma­suk Arizona, Colorado, Florida dan North Carolina.

Pada pilihan raya lalu, amat sukar untuk mengesan calon yang diundi golongan Hispanic tetapi tahun ini, kumpulan penyelidik, Lation Decision menunjukkan seba­nyak 79 peratus golongan Hispanic akan mengundi Hillary.

Malah apa yang pasti, jumlah mereka keluar mengundi awal pada pilihan raya kali ini adalah lebih ramai dengan anggaran 40 juta pengund berbanding 2012 yang menunjukkan hanya 32 juta pengundi sanggup berbuat demi­kian.

Dalam pada itu, berdasarkan data laman web Real Clear Politics berhubung jumlah undian di 13 buah negeri ‘atas pagar’ menunjukkan kemungkinan Hillary akan memenangi negeri-negeri berkenaan jika jumlah masih kekal.

Hillary mendahului Trump di Colorado, Florida, Michigan, Pennsylvania, Virginia dan Wisconsin manakala Trump pula mendahului Hillary di Arizona, Georgia, Iowa, Nevada, New Hampshire, North Carolina dan Ohio.

Sementara itu, pilihan raya presiden pada tahun ini bukan sahaja menyaksikan persaingan antara Hillary dan Trump kerana terdapat tiga lagi calon lain yang turut bersaing untuk merebut jawatan tertinggi ber­kenaan.

Mereka ialah Jill Stein dari Parti Hijau yang hanya meraih dua peratus undian selain bekas Gabenor New Mexico, Gary Johnson dari Parti Liberta­rian (sekadar lima peratus) dan calon bebas, Evan McMullin.

McMullin iaitu bekas staf Agensi Perisikan Pusat (CIA) dilihat mampu memenangi di negeri kelahirannya, Utah, apabila undian menunjukkan beliau berada dua peratus di belakang Trump dan enam peratus mendahului Hillary.

Jika McMullin mampu mencatat kemenangan mengejut, calon bebas itu bakal menjadi calon ketiga yang memenangi pilihan raya ini di mana-mana negeri sejak 1968. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amerika Syarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd