• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buru Tiket Sukan SEA Ziyad Mahu Tambah 5kg Berat Badan

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad Zolkefli meletakkan sasaran untuk layak secara merit ke Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

Bagi memastikan impiannya itu tercapai, Muhammad Ziyad yang mencipta rekod dunia 16.84 meter ketika menjuarai acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) di Rio, mahu menaikkan berat badannya.

Menurut Muhammad Ziyad, sekiranya beliau mampu menaikkan berat badan sebanyak lima kilogram lagi, ia akan memudahkannya mencipta jarak lontaran melebihi 17 meter.

“Cadangan itu disuarakan jurulatih saya, Faizul Harun, yang mahukan saya mencapai berat badan sebegitu.

“Faktor berat badan memainkan peranan penting kerana ia dapat memberi kekuatan pada lontaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Muhammad Ziyad dinobatkan sebagai ikon HSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 yang disampaikan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur yang baharu, Abd Aziz Abd Rahman.

Muhammad Ziyad menjelaskan jarak untuk melayakkan diri secara merit ke Sukan SEA ialah 17.05m dan beliau perlu berlatih dengan lebih keras untuk mencapai catatan itu.

Sebagai rekod, catatan terbaik Muhammad Ziyad adalah 17.12m yang dilakukannya dalam satu pertandingan di Jerman tahun lepas.

Sementara itu, Muhammad Ziyad yang akan bernikah dengan pilihan hatinya, Zafirah Nasir pada Jumaat ini berkata beliau diberi cuti oleh jurulatinya sehingga hujung November ini dan akan kembali menjalani latihan pada 1 Dis depan.

“Jurulatih turut memberi nasihat untuk saya berlatih sekiranya mempunyai masa terluang dalam tempoh bercuti ini bagi mengekalkan momentum dan prestasi saya.

“Sebagai atlet kebangsaan, saya kena tempuhi segala rintangan yang mendatang kerana mulai Julai depan, saya akan terlibat dalam beberapa kejohanan utama dan perlu berlatih dengan lebih gigih untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukan SEAZiyad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd