• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Ekor Gajah Putih Beri Penghormatan Terakhir

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sebelas ekor gajah putih yang dibawa dari Ayutthaya memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di hadapan Istana Besar di sini hari ini.

Diiringi oleh kira-kira 200 mahout (pelatih gajah) dan pengendali, gajah putih bergading panjang yang dihiasi dengan pakaian istiadat, berarak dari Kementerian Pertahanan ke pintu istana sambil disaksikan oleh ribuan rakyat Thailand yang berkabung atas kemangkatan raja mereka.

Gajah putih yang dipilih khas dari Ayutthaya Elephant Palace dan Royal Krall itu kemudian berbaris di hadapan potret mendiang Raja Bhumibol dan berlutut ketika pelatih dan pengendali haiwan itu menyanyikan lagu kebangsaan diraja ‘Sansoen Phra Barami’.

Rakyat yang berada di sekitar kawasan itu, turut menyanyikan lagu itu di hadapan Istana Besar, tempat jasad mendiang diletakkan untuk rakyat memberi penghormatan.

Gajah putih, dianggap suci dalam masyarakat Thai juga memberi penghormatan kepada Patung Gajah Merah Jambu di Sanam Luang yang berhampiran dan menampilkan aksi khas untuk rakyat yang berkabung sebelum dibawa balik ke Ayutthaya.

11 Ekor Gajah Putih Beri Penghormatan Terakhir

Selepas bersemayam selama 70 tahun dan diiktiraf sebagai raja paling lama menduduki takhta di dunia, Raja Bhumibol mangkat pada 13 Okt di Hospital Siriraj di Bangkok setelah gering selama beberapa tahun.

Mendiang berusia 89 tahun. – BERNAMA

Tags: Gajah PutihRaja Bhumibol AdulyadejThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd