• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Wartawan Amerika Dipancung

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Kumpulan ekstremis yang menguasai sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq mengeluarkan video bagi menunjukkan seorang lagi wartawan Amerika Syarikat dipancung.

Serentak dengan itu kumpulan terbabit memberi amaran kepada Presiden Barack Obama bahawa lebih ramai rakyat Amerika akan mengalami nasib sama selagi negara berkenaan meneruskan serangan udaranya terhadap mereka di Iraq.

Video yang menunjukkan kepala Steven Sotloff dipenggal itu dimuat naik dua minggu selepas kejadian sama ke atas seorang lagi wartawan, James Foley walaupun ibu Sotloff merayu agar anaknya tidak dilakukan sedemikian.

Jurucakap keluarga terbabit, Barak Barfi, berkata keluarga Sotloff sudahpun melihat video berkenaan tetapi pihak berkuasa belum menyatakan kesahihannya.

“Anggota keluarga Sotloff menyedari kejadian ngeri itu dan tidak akan membuat apa-apa kenyataan umum pada saat menyedihkan ini,” kata Barfi.

Sotloff, 31, yang berasal dari Miami adalah wartawan bebas untuk majalah ‘Time’ dan ‘Foreign Policy’, hilang di Syria pada Ogos 2013 dan tidak kelihatan lagi sehingga ditunjukkan di dalam video ketika kepala Foley dipenggal bulan lalu.

Berpakaian ‘jumpsuit’ berwarna oren dan berlatar belakangkan landskap Syria, Sotloff diancam dengan kematian dalam video itu kecuali Amerika menghentikan serangan udara terhadap pergerakan Negara Islam (SI) itu.

Dalam video yang diedarkan semalam bertajuk ‘A Second Message to America,’ Sotloff masih berpakaian ‘jumpsuit’ sebelum kepalanya dipenggal oleh seorang anggota pergerakan kumpulan ekstremis itu yang kini sudah menawan sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq dan mengisytiharkannya sebagai sebuah pemerintahan ‘Khalifah’.

Dalam video itu, pergerakan terbabit mengancam untuk membunuh seorang lagi tebusan, yang dikenal pasti sebagai warga Britain, David Cawthorne Haines. Setakat ini tiada maklumat diperoleh mengenai Haines.

Britain dan Perancis menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘tidak bertamadun’. Perdana Menteri Britain David Cameron berkata beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat tindakan dengan anggota kabinetnya hari ini bagi membincang perkembangan terbaru itu.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata penganalisis perisikan AS akan membuat penentuan secepat mungkin mengenai kesahihan video berkenaan. – AP

Tags: wartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd