• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pura-Pura Dilanggar Kereta, Wang AIM Dilarikan

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ‘naik berang’ selepas ‘terjatuh’ seolah-olah dilanggar oleh sebuah kereta dipandu seorang pengurus Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini hari ini.

Melihat lelaki berkenaan membawa batang besi, pengurus itu keluar menyelamatkan diri ke sebuah surau, tanpa membawa wang kutipan sebanyak kira-kira RM14,000 diletak dalam kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata kejadian pada 11.15 pagi itu berlaku di hadapan Surau Haji Taib, Jalan Terusan.

Ketika itu, mangsa berusia 26 tahun baru selesai mengutip wang ansuran AIM berjumlah RM14,552 daripada ahli-ahli dalam satu pertemuan di surau tersebut.

“Sebaik mangsa beredar dari surau dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna biru, tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang dan meluru ke hadapan kenderaan mangsa sebelum berpura-pura jatuh.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa segera mengundurkan keretanya untuk menjauhkan diri dari motosikal dinaiki dua suspek, namun suspek bangun dan terus memukul cermin hadapan kereta mangsa dengan menggunakan sebatang besi padat berkarat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa terus berlari masuk ke kawasan surau tanpa membawa beg berisi duit kutipan itu yang diletakkan di ruang kaki di tempat duduk penumpang hadapan.

“Suspek kemudian melarikan diri ke arah jalan menghala Simpang Lima manakala mangsa keluar semula dari surau dan memeriksa kembali keadaan keretanya.

“Dia mendapati beg galas berisi duit berjumlah RM14,552 lesap dilarikan suspek, manakala dua keping cermin (tingkap) tempat duduk penumpang hadapan dan belakang kiri serta pintu bahagian pemandu dirosakkan,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata siasatan awal polis mendapati tujuh cap jari dikesan di atas permukaan bonet dipercayai milik suspek dan akan dihantar ke Bukit Aman untuk mengenal pasti identiti suspek.

“Siasatan lanjut akan diteruskan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan polis menyeru mana-mana saksi mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd