• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kargo Tergelincir: Komuter Stesen Bank Negara Terjejas

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan KTM Komuter bagi semua laluan dari Stesen KTM Bank Negara ke Kuala Lumpur Sentral mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir pukul 3 petang tadi.

Pengurus Besar Pemasaran KTM Intercity, Y M Hamdan Husori ketika dihubungi Bernama berkata kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter berlaku kerana penutupan sementara laluan di sektor yang terjejas.

“Berlaku kelewatan kerana hanya satu daripada dua laluan sedia ada yang boleh digunakan. Perkhidmatan KTM Komuter dijangka pulih malam ini,” katanya sambil menambah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Tinjauan Bernama di stesen KTM Bank Negara mendapati sehingga pukul 7 malam ini, masih ramai penumpang terkandas di stesen itu berikutan hanya satu laluan digunakan untuk ke destinasi Sungai Gadut, Sungai Buloh, Tampin dan Pelabuhan Klang.

Seorang penumpang Norfadilah Abdullah, 50, berkata beliau yang datang dari Lahad Datu, Sabah bersama suami dan tiga anak terpaksa menunggu lebih sejam untuk menaiki tren komuter untuk pulang ke hotel penginapan mereka di Serdang.

“Saya harap masalah ini tidak berulang kerana kami perlu menghadiri majlis konvokesyen pada awal pagi esok di Dewan Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang),” katanya ketika ditemui Bernama.

Difahamkan tren kargo yang terbabit dalam insiden itu sedang dalam perjalanan ke depot Kuala Lumpur Sentral bagi tujuan penyelenggaran.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.

Menurutnya sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

Tags: Tren Tergelincir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perkhidmatan Komuter & ETS Dijangka Pulih Ahad

27/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerja membaik pulih perkhidmatan KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) melibatkan beberapa laluan di sekitar Lembah...

Tren Kargo Tergelincir, 3 Hari Kerja Baik Pulih

23/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang terjejas dijangka pulih dalam tempoh tiga hari. Perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd