• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Siasat Pencemaran Najis Babi Di Sungai Giling

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan segera mengenai pencemaran najis babi di Sungai Giling di Kampung Batu Laut, Sepang, Selangor.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata siasatan itu bagi mengenal pasti secara menyeluruh bentuk pencemaran sebelum mengambil tindakan susulan.

“Beberapa penyelesaian boleh dibuat…apa sahaja melibatkan industri ternakan, sekiranya perlu dipindahkan dari kawasan itu kita boleh arahkan seperti penternakan babi berdekatan lapangan terbang di Sarawak yang telah dipindahkan kerana mengakibatkan bau busuk.

“Sekiranya benar dakwaan pencemaran di sungai itu disebabkan najis babi, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik ladang berkenaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan penduduk kampung berkenaan mendakwa pencemaran itu bukan sahaja menjejaskan sungai, malah menyebabkan penduduk khususnya orang Melayu berpindah selepas menjual tanah masing-masing kerana tidak tahan dengan pencemaran itu.

Menurut laporan itu, lebih 12 hektar tanah berstatus pegangan bebas milik penduduk Melayu sudah bertukar milik selepas pemiliknya tidak mampu meneruskan kehidupan yang diselubungi bau busuk kesan pencemaran najis babi. – BERNAMA

Tags: najis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Gusti Wanita Jual Gambar Najis Jana Pendapatan

10/02/2019
0

BEKAS bintang WWE dan model alternatif, Shotzi Blackheart atau nama sebenarnya Ashley Urbanski menawarkan peluang kepada peminatnya di media sosial...

Hospital Gantung Kajian, Terima Banyak Derma Najis

24/11/2018
0

PARIS - Hospital di ibu kota Perancis yang merayu sumbangan contoh najis untuk tujuan mengkaji penyakit usus berkata ia sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd