• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Runcit Didakwa Simpan Barang Kawalan

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat barangan runcit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak, gula dan tepung di premis yang tidak berlesen, bulan lepas.

Syarikat itu, Bhuiyen Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Md Billal Hossain Bhuiyan Md Sabil Bhuiyan, 46, seorang warga negara Bangladesh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin.

Syarikat itu yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) didakwa menyimpan barang kawalan yang merupakan barang berjadual iaitu minyak masak jenama Syed satu kilogram (kg) sebanyak 515 kg, minyak masak jenama Saji 5kg sebanyak 170kg, gula pasir kasar jenama Mas sebanyak 620 kg dan tepung gandum jenama Blue Key satu kg sebanyak 263kg.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam premis Bhuiyen Sdn. Bhd. di 8/10 tingkat bawah, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, di sini pada 12.17 tengah hari, 27 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3 juta manakala bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Md Billal Hossain Bhuiyan, sebagai pemilik syarikat itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan telah menyebabkan barang kawalan itu disimpan di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh, yang memiliki taraf kerakyatan pemastautin tetap didakwa mengikut Seksyen 22 (1) akta sama yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan lelaki itu yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd