• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Makanan Di Johor Bahru Tak Naikkan Harga

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Peniaga makanan di sini tidak berhasrat untuk menaikkan harga meskipun berdepan kenaikan serentak harga minyak masak dan bahan api berkuat kuasa pada Selasa lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa tempat termasuk di Anjung Selera Larkin di sini hari ini mendapati peniaga menerima dengan terbuka kenaikan kedua-dua bahan itu.

Nurshahduan Abd Rahman, 35, berkata kenaikan harga minyak masak misalnya, mungkin tidak memberikan kesan kepada perniagaan keluarganya dalam jangka waktu terdekat kerana mereka mempunyai pembekal yang masih menjual barangan tersebut pada harga lama.

“Persoalan sampai bila dia (pembekal) boleh bertahan (menjual minyak harga lama), kami tidak tahu. Tetapi apa yang pasti, kami tidak menaikkan harga  makanan buat masa ini kerana kami memahami beban ditanggung pelanggan.

“Lagi pula, kami hanya menggunakan tiga botol minyak masak seberat lima kilogram sehari dan ini masih boleh dikawal,” katanya yang berniaga nasi campur sejak 1995.

Ratini Nordin, 37, berkata harga bagi semua makanan yang dijual di gerainya seperti mee goreng mamak, mee sup, tom yam campur, sup ayam dan daging dan nasi ayam  masih sama seperti bulan lalu iaitu dalam lingkungan RM5 hingga RM6.

“Kami boleh bertahan… tidak semua masakan memerlukan minyak masak,” katanya yang sudah menjalankan perniagaan itu selama 14 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Karat Johor Bahru Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata kenaikan kedua-dua bahan tersebut bukanlah isu besar kepada anggotanya.

“Namun begitu, anggota yang menjual makanan memaklumkan kepada saya mereka menerima hakikat kenaikan tetapi kita berharaplah juga supaya tiada lagi kenaikan pada masa depan,” katanya.

Sejak 1 November lepas, harga runcit petrol bagi RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter berbanding hanya antara RM1.80 sehingga RM2.15 seliter sebelum ini.

Kenaikan itu kemudian disusuli pengurangan subsidi ke atas minyak masak, yang menyaksikan harga minyak masak botol seperti 2kg, 3kg dan 5kg naik mendadak, manakala minyak paket sekilogram pula dikekalkan pada harga RM2.50. – BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd