• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dicengkam Keresahan Kerana Agenda Islam! – DAP

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Negara ini juga dicengkam keresahan akibat ketidaktentuan sikap PAS yang dilihat bergerak seiring dengan UMNO dalam agenda Islam”

Itu dakwaan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengenai keresahan rakyat disebabkan oleh situasi politik semasa di Malaysia.

Kata beliau, ketegasan PAS dalam mendesak pelaksanaan undang-undang Hudud di Parlimen turut menimbulkan banyak ketegangan.

“Pada masa ini, Pakatan Harapan masih cuba untuk bertindak bersama ketika berhadapan senario politik yang pantas berubah,” katanya.

Kata-kata beliau itu dipetik melalui teks ucapannya bersempena Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2016 hari ini.

Pakatan Harapan yang didominasi oleh parti DAP turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)

Kon Yeow yang diumumkan sebagai pengganti Ketua Menteri DAP Pulau Pinang jika Lim Guan Eng dihukum penjara kerana kes rasuah dalam pada itu menyentuh tentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Jelas beliau, parti baharu itu ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyuddin Yassin.

Menurutnya, kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu menubuhkan PPBM kerana memusuhi Datuk Seri Najib Tun Razak mengakibatkan ketegangan politik dalam kalangan kaum Melayu.

Beliau seterusnya memberitahu, DAP sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan membentuk sebuah jawatankuasa kempen pilihan raya.

“Perhatian khusus diberikan bagi meningkatkan jentera media sosial dalam parti dan wakil-wakil parti dalam kerajaan. Parti telah meluluskan lebih banyak sumber kepada jabatan ini memandangkan kepentingannya dalam mendekati rakyat,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd