• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Sungai Semenyih Dirujuk Kepada JPN

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes pencemaran ammonia di Sungai Semenyih akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (JPN), kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, penasihat undang-undang kementerian akan mengemukakan kertas siasatan tersebut kepada jabatan itu untuk tindakan seterusnya.

Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melengkapkan kertas siasatan tersebut bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap kilang yang mencemarkan Sungai Semenyih.

Pencemaran Sungai Semenyih menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih sehingga menjejaskan bekalan air kepada lebih sejuta penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Mengenai dakwaan pencemaran Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan operasi LRA Semenyih tergendala, Wan Junaidi berkata siasatan bersepadu sedang dijalankan.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan benteng yang telah pecah sedang dilakukan bagi menghalang aliran Sungai Buah yang disyaki tercemar ke Sungai Semenyih.

“Sebanyak tiga lagi benteng akan dibina dan air akan dilepaskan melalui bukaan kecil di benteng pertama dan akan mengalir secara limpahan melalui benteng seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau juga berkata pemantauan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pencemaran bau air mentah dari Sungai Sematan di Bentong, Pahang.

Katanya siasatan juga dijalankan terhadap premis-premis berdekatan sungai tersebut yang disyaki melakukan pelepasan kilang ke sungai itu sehingga menyebabkan penutupan LRA Langat dan Cheras.

“Bagi jangka masa panjang pula, pihak pengusaha loji perlu menyediakan alternatif sumber air mentah seperti menyediakan kawasan penyimpanan secukupnya yang boleh digunakan apabila berlaku kecemasan selaras dengan Dasar Sumber Air Negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: pencemaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd