• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Pastikan Pengeluaran Bekalan Minyak Ikut Kuota

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan pengilang, pembungkus dan pemborong berlesen mengeluarkan bekalan minyak masak mengikut kuota yang ditetapkan bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan bahan itu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali berkata operasi berterusan sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak menyorok bekalan yang sepatutnya sampai kepada pengguna.

“Isu yang timbul mungkin pengilang ada masalah teknikal dari segi maklumat dan kuota yang ditetapkan, jadi kita akan pastikan pembungkus mendapat bekalan secukupnya daripada pengilang untuk diedarkan kepada pelanggan masing-masing.

“Pengilang, pembungkus dan pengedar mesti laksanakan tugas mereka jika tidak kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta ‘Giant and Friends Of KPDNKK Charity Ride‘ di sini hari ini.

Lebih 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi itu yang akan singgah di beberapa lokasi di Selangor untuk menjalankan kerja-kerja amal.

Basaruddin berkata acara itu diadakan bagi menambah keahlian Friends of KPDNKK yang diharap akan menjadi mata dan telinga kementerian dalam isu-isu kepenggunaan di seluruh negara.

Menurutnya langkah ini dapat memudahkan kementerian membuat pemantauan memandangkan ketika ini hanya terdapat kira-kira 2,800 pegawai penguat kuasa KPDNKK dan 1,200 pegawai pemantau harga di seluruh negara.

“Contohnya isu minyak masak ini, kita harap ahli Friends of KPDNKK boleh menyalurkan maklumat kepada kementerian tentang lokasi di mana tiada bekalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd