• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Lancar Tabung Wakaf Sempena PWAJ

oleh
04/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT julung kali dalam sejarah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal melancarkan Tabung Wakaf Rakyat Johor sempena dengan Persidangan Wakaf Antarabangsa Johor 2016 (PWAJ).

Majlis pelancaran tabung khas tersebut bakal disempurnakan baginda secara rasmi pada hari terakhir persidangan selama dua hari berkenaan yang bermula pada 7 November ini di Pusat Konvensyen Persada di Johor Bahru, Johor.

Lebih unik, persidangan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) itu merupakan program bertaraf antarabangsa malah yang kali pertama seumpamanya pernah diadakan di negara kita sendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Mohd. Rofiki Shamsudin, Tabung Wakaf Rakyat Johor itu diwujudkan bertujuan membantu tiga bidang utama yang diberi perhatian iaitu pendidikan, kesihatan dan ekonomi negeri.

“Tabung ini akan beri fokus kepada tiga bidang utama iaitu pertama, pendidikan seperti pembinaan sekolah tahfiz, sekolah agama serta bagi mana-mana anak Johor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

“Kedua, kesihatan seperti bina hospital, bantu pesakit miskin dari segi kos rawatan serta ketiga, ekonomi dengan pembelian aset strategik seperti bangunan pejabat atau komersial,” katanya kepada Mynewshub baru-baru ini.

Bagaimanapun, amaun permulaan untuk tabung wakaf tersebut dirahsiakan dan hanya akan diumumkan Sultan Ibrahim sendiri sekali gus bakal menjadi gimik yang cukup dinanti-nantikan pelbagai pihak pada persidangan itu.

wakaf

PWAJ turut menyasarkan penyertaan kira-kira 500 peserta dengan tarikan membariskan ramai panel kehormat dari kalangan ahli profesional tempatan dan luar negara antaranya Jordan, Kuwait, Turki, Indonesia dan Singapura.

Selama dua hari, peserta akan diberi kefahaman mengenai amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam selain memperkukuhkan peranan institusi wakaf dan agensi pelaksanaannya.

Majlis perasmian PWAJ akan dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 7 November ini dan persidangan itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

“Selain itu, objektif lain ialah untuk memperkasakan lagi institusi wakaf di negara ini di samping percambahan idea dan perkongsian pengalaman dengan negara-negara yang sudah lama melaksanakannya,” kata beliau lagi.

Antara yang akan berkongsi pengalaman ialah Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sudin Haron dan Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, Datuk Kazim Elias.

Panel luar antaranya Ketua Pengarah Yayasan, Pejabat Perdana Menteri Turki, Davut Gazi Benli; Ketua Setiausaha Kuwait Awqaf Public Foundation, Mohammed Abdullah dan Pengasas Institut Antarabangsa Wakaf Islam, Jordan, Dr. Sami Al Salahat.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai PWAJ 2016, boleh layari menerusi laman sesawang rasmi www.pwajohor.my atau hubungi talian telefon 07-2221767. – MYNEWSHUB.CC/HAA

Tags: Sultan Johorwakaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd