Hanya pencinta kuda akan memahami agungnya kasih sayang antara haiwan ini dengan pemiliknya.
Tak hairanlah seorang wanita yang sedang nazak, Sheila Marsh,77, membuat permintaan terakhir untuk bertemu kuda kesayangannya, Bronwen sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Permintaan ini ditunaikan kakitangan hospital Wigan Royal Infirmy, UK yang mempunyai sifat belas ihsan.
Nenek 4 cucu ini telah membela Bronwen sejak dilahirkan, dan menjaganya hampir suku abad sebelum penyakit kanser membuatkannya terlantar menanti maut.
Jururawat yang menyaksikan pertemuan terakhir penuh syahdu menceritakan bagaimana Marsh menyeru nama Bronwen dengan lembut sebaik sahaja melihatnya datang.
Bronwen kemudiannya menundukkan kepala lalu mencium pipi Marsh dengan hati-hati sambil mendengar tuannya itu mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.
Apa yang mengharukan, Marsh meninggal dunia beberapa jam kemudiannya.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI