• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Kesederhanaan Najib Dapat Pujian Anggota APEC

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pendekatan kesederhanaan dalam menangani keganasan global yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 2010 mendapat pujian negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik(APEC). Perkara itu disuarakan oleh kalangan Menteri Luar APEC dalam mesyuarat disini hari ini, kata Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin.

Hamzah yang mewakili Malaysia pada mesyuarat itu berkata, kalangan Menteri Luar APEC menerima baik pendekatan kesederhanaan itu dan memuji langkah perdana menteri memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) empat tahun lalu.

Beliau berkata, ketika sesi intervensi itu, beliau menggesa negara anggota APEC supaya membanteras keganasan secara bersama dan bukannya bersendirian.

“Saya juga telah maklumkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar APEC pagi ini bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam mahu melihat segala maklumat dan pengalaman mestilah dikongsikan oleh semua negara dan bersifat terbuka serta saling mempunyai kepercayaan.

“Kita juga telah mempelawa negara-negara anggota APEC melalui GMM supaya sama-sama menggunakan pendekatan yang dibawa oleh Perdana Menteri ini.

Ini telahpun diterima baik oleh rakan-rakan dalam mesyuarat pada pagi ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di Pusat Media, Pusat Konvensyen Nasional China (CNCC)di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Multilateral) Kementerian Luar, Datuk Ho May Yong dan Duta Malaysia di China, Datuk Iskandar Sarudin. Hamzah berkata, beliau juga mempelawa anggota APEC memanfatkan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) yang ditubuhkan oleh Malaysia pada 2003 dan mengendalikan pelbagai kursus perkongsian pengalaman dalam mengekang aktiviti keganasan.

Katanya, isu menangani keganasan global yang dibangkitkannya itu mendapat sokongan dan kebanyakan negara turut mengakui bahawa keganasan adalah satu isu yang besar akhir-akhir ini.

“Melawan keganasan ini amat penting, kerana kalau tidak ia akan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi. Jadi, saya menegaskan bahawa jika kita tidak menangani isu ini dengan baik, akhirnya nanti ia akan menjadi satu masalah yang besar” tegas beliau.

Dasar Malaysia adalah mengutamakan kepentingan rakyat, memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi untuk mengekang fahaman, ideologi dan aktivitipengganas, kata Hamzah.

Sementara itu, Najib dijangka tiba Ahad malam untuk menghadiri Mesyuarat Para Pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (AELM) ke-22 selama dua hari bermula Isnin di sini. – BERNAMA

Tags: APECNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd