• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Nafi Warga Malaysia Dalang Penculikan Sabah

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa warga Malaysia merupakan dalang penculikan bagi mendapatkan wang tebusan di pantai timur Sabah pada 2000.

Beliau berkata, ia adalah sekadar dakwaan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, sambil menambah, masalah yang memberi kesan kepada Malaysia itu berpunca dari kumpulan berkenaan.

“Orang-orang dia (Misuari) yang menjadi penjenayah menculik orang-orang kita. Jadi, dia sepatutnya jaga orang dia.

“Kenapa pula kita dipersalahkan? Kita mangsa. Sudah tentu di pihak keluarga mangsa yang diculik itu akan melakukan apa sahaja bagi memastikan ahli keluarga mereka selamat.

“Jadi dialah patut jaga kumpulan dia, penyokong dia supaya jangan melakukan jenayah di kawasan kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak (NUR Alert) di Bukit Aman di sini, Jumaat.

Pada Khamis, dilaporkan Misuari yang merupakan pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina itu berkata, beliau mempunyai bukti dakwaan tersebut.

Jelas Misuari, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, termasuklah mahkamah antarabangsa.

Dilaporkan, Misuari merupakan dalang penculikan di Sipadan, Sabah pada 2000, membabitkan 21 orang termasuk 10 warga Malaysia, yang dilakukan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf untuk mendapatkan wang tebusan.

Turut dilaporkan pada 2014, Misuari dituduh sebagai dalang kes penculikan di Sabah itu dengan menggunakan ahli kumpulannya bagi mengumpul dana untuk membentuk semula tentera upahannya. – mStar Online

Tags: khalid abu bakarpenculikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd