• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Cabul Murid: Tindakan Serius Selepas Bukti Kukuh

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Pendidikan memandang serius dan akan mengambil tindakan terhadap guru yang didakwa mencabul kehormatan sembilan murid sekolah rendah, apabila terdapat bukti yang kukuh.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan paling tegas boleh dikenakan jika kesalahan yang dilakukan itu melibatkan kes jenayah, polis dan mahkamah serta telah dibuktikan bahawa guru itu bersalah.

“Kita ambil serius, bukan hanya pada kes ini, tetapi juga kes yang melanggar undang-undang, peraturan dan ingkar pekeliling perkhidmatan…yang boleh kita ambil tindakan. Di Pahang juga kita ada guru yang dibuang selepas disabitkan bersalah.

“Tapi tindakan ini mestilah mempunyai bukti yang sahih, betul dan kukuh bahawa dia bersalah. Kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan khabar angin atau semasa dia belum didakwa atau disabitkan bersalah,” katanya.

Mahdzir ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar di sini hari ini, yang disertai Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Rosdi Ismail.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, yang menyentuh mengenai seorang guru yang didakwa mencabul sembilan murid sebuah sekolah Tamil di Hulu Selangor, yang dikatakan telah kembali mengajar di sekolah lain.

Perkara itu menimbulkan kebimbangan terhadap ibu bapa dan golongan pendidik dan difahamkan guru itu telah diletakkan di bahagian Pejabat Pendidikan Daerah selama dua bulan sebelum kembali ke sekolah.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata Jabatan Pendidikan Pahang akan mengambil inisiatif untuk meningkatkan enrolmen lebih 4,000 pelajar Orang Asli di 25 buah sekolah di seluruh Pahang yang setakat ini, hanya mencapai 85 peratus setahun.

“Kita mahu pastikan kehadiran pelajar Orang Asli di sekolah 100 peratus, dapat ditingkatkan lebih tiga atau empat peratus daripada jumlah sedia ada supaya jurang dengan sekolah biasa, iaitu sekitar 95 ke 96 peratus tidak terlalu besar,” katanya.

Mahdzir menambah antara faktor yang dikenal pasti menyumbang ke arah perkara itu ialah kedudukan sekolah yang jauh daripada rumah dan bagi menyelesaikan masalah ini, kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan hanya sebuah sekolah dianggap sebagai sekolah sakit atau tidak siap di Pahang iaitu SMK Padang Piol, Jerantut melibatkan pembinaan dewan dan syarikat yang terlibat telah ditamatkan kontraknya.

“Pembangunan dan pembinaan sekolah-sekolah lain pula berjalan mengikut jadual dan jika ada kelewatan, ia adalah kelewatan yang sedikit dan masih boleh dikawal. Ini semua adalah projek di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke-10.

“Bagi projek di bawah RMK-11 yang bermula tahun ini, kebanyakan projek telah diluluskan dan dalam proses untuk membuka tender selepas semua kerja tanah dan reka bentuk selesai,” katanya.

Mengulas mengenai lawatannya ke China baru-baru ini, Mahdzir berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan China dalam beberapa perkara seperti mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), latihan teknikal dan vokasional (TVET), multimedia dan teknologi maklumat.

Beliau menambah kedua-dua pihak secara dasarnya bersetuju dengan kerjasama itu dan telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), namun perinciannya dijangka akan diketahui tahun depan. – BERNAMA

Tags: kes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd